Monday, August 23, 2010

Memantau Pencapaian Murid

Kepada, Semua guru mengajar mata pelajaran teras. Sila kemaskini rekod pencapaian murid (headcount) dengan segera setelah semua markah Ujian Taksiran 2 diperolehi. Tahap 2, sila berurusan dengan Cikgu Faizal dan Tahap 1, dengan En Khairul Azwan. Tindakan cikgu2 diucapkan terima kasih.

Monday, August 16, 2010

Taklimat Pengurusan sekolah

Taklimat tersebut di atas akan diadakan sebagaimana berikut;

Tarikh: Khamis, 19 Ogos 2010
Masa; 1.30 tengah hari
Tempat: PSS

Semua guru wajib hadir. Terima kasih.

Tuesday, July 27, 2010

Mesyuarat Kurikulum 2/2010

Mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh: Khamis, 29 Julai 2010
Masa: 1.30 tengah hari
Tempat: Pusat Sumber Sekolah.

Semua AJK Kurikulum WAJIB hadir.

Taklimat Pengurusan Sekolah

Tarikh: Isnin, 2 Ogos 2010
Masa: 1.30 tengah hari
Tempat: Pusat Sumber Sekolah.

Semua guru WAJIB hadir.


Kerjasama semua guru diucapkan terima kasih.

Sunday, July 18, 2010

Mesyuarat Pengurusan Akademik Tahun 5

Mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh: Khamis, 22 Julai 2010
Masa: 1.30 tengah hari
Tempat: Pusat Sumber Sekolah.
Agenda: 1. Post mortem keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun.
2. Pelan Tindakan

Semua guru mengajar Tahun 5 WAJIB hadir.
Sila sediakan post mortem dan analisis pencapaian murid setiap kelas yang diajar untuk dibentangkan.

KEBERKESANAN P&P

Keberkesanan P&P boleh dibuktikan dengan pencapaian akademik murid dan keseronokan murid belajar. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk meningkatkan keberkesanan P&P adalah:

1. Guru dan murid benar2 bersedia untuk mengajar dan belajar. Persediaan dalam maksud yang menyeluruh termasuk pengetahuan guru dalam perkara yang hendak diajar. Murid-murid benar-benar bersedia dengan mempunyai kelengkapan untuk belajar, iaitu buku dan alat tulis.

2. Kawalan kelas yang baik. Kawalan yang menyeluruh setiap penjuru kelas dan kepada semua murid. Memberi perhatian secara bersungguh-sungguh kepada semua murid. Mempunyai suara yang lantang, jelas dan mudah difahami murid. Mewujudkan suasana yang menarik dan menyeronokkan di dalam kelas.

3. Menyediakan bahan sokongan dan bantu mengajar/belajar termasuk bahan-bahan yang dipamirkan di kelas dan sekitar sekolah. Aktiviti sokongan melalui kokurikulum juga dapat membantu murid memahami pembelajaran di kelas.

4. Menyediakan latihan yang bersesuaian untuk menguji kefahaman murid dan pembelajaran berterusan di rumah.

5. Sentiasa memberi galakan kepada murid dalam bentuk pujian secara lisan dan bertulis. Jadikan hasil kerja yang baik sebagai contoh kepada murid lain. Hasil kerja boleh juga dipamirkan di dalam kelas.

6. Guru kelihatan sentiasa bersungguh-sungguh akan mendorong murid-murid juga sentiasa bersungguh-sungguh. Ingatlah, walaupun kanak-kanak, murid-murid boleh menilai mana guru yang baik mendidik mereka.

Sunday, July 11, 2010

Mesyuarat Pengurusan Akademik Tahun 4

Mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh: Khamis, 15 Julai 2010
Masa: 1.30 tengah hari
Tempat: Pusat Sumber Sekolah.
Agenda: 1. Post mortem keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun.
2. Pelan Tindakan

Semua guru mengajar Tahun 4 WAJIB hadir.
Sila sediakan post mortem dan analisis pencapaian murid setiap kelas yang diajar untuk dibentangkan.


TAKWIM SEKOLAH

Pematuhan Takwim Sekolah akan melicinkan semua pengurusan sekolah. Sehubungan itu, semua guru wajib memberi perhatian kepada semua perancangan sekolah dan mengambil tindakan proaktif mengikut tugas dan tanggungjawab masing-masing. Sila patuhi tarikh-tarikh yang telah ditetapkan di dalam Takwim Sekolah.

Saturday, May 22, 2010

Taklimat Pentadbiran / LADAP

Taklimat Pentadbiran dan LADAP akan diadakan sebagaimana berikt;

Tarikh: Khamis, 27 Mei 2010
Masa: 1.30 - 3.30 petang
Tempat: Pusat Sumber Sekolah

Semua guru WAJIB hadir.

Perjumpaan Khas Pentadbiran

Guru-guru berikut, sila muat turun surat panggilan melalui emel masing-masing;
1. Pn. Hasni bt. Hamid
2. Pn. Sofinat bt. Abu Yazid
3. Pn. Norhayati bt. Omar
4. Cik Masnim Ariza bt. Makhtar
5. Pn. Hong Siew Leey
6. Pn. Fazilah bt. Abd Jalil
7. Pn. Haslita bt. Md. Noor
8. Pn. Noriza bt. Ahmad
9. En. Mohd Effendi b. Abd. Rahman

Sunday, May 9, 2010

Taklimat dan Bengkel i-NILAM

Terima kasih dan tahniah kepada semua guru bahasa, kerana menghadiri Taklimat dan bengkel i-NILAM pada hari ini, 9 mei 2010. Kita berharap dengan maklumat, pengetahuan dan kemahiran ini, akan meningkatkan lagi proses pengemakinian data dan program NILAM. Galakkan murid-murid kita membaca, nescaya mereka akan lebih menyenangkan kita menjalankan P&P.

Pencapaian Kokurikulum & Sukan
Tahniah kita ucapkan kepada murid kita, Mohd Al Amin dan Izatti, kerana berjaya membawa pulang pingat Emas dan Gangsa di pertandingan Bola Baling peringkat negeri Kedah, bagi tahun 2010. Tahniah juga kepada jurulatih, En. Mohd Effendi dan Cikgu Rosidi. Semoga kita sentiasa melahirkan murid-murid yang berbakat dalam apa jua pertandingan. Sesungguh, bersukan menjadikan hidup lebih sihat dan ceria.

Taklimat Pentadbiran
Taklimat tersebut akan diadakan pada hari Isnin, 10 Mei 2010, jam 1.15 tengah hari, di PSS. Semua guru diwajibkan hadir.

Tuesday, May 4, 2010

Mesyuarat JK Kerja PSS

Mesyuarat JK Kerja PSS akan diadakan sebagaimana berikut;
Tarikh: Khamis, 6 Mei 2010
Masa: 1.30 tengah hari
Tempat: PSS

Semua JK Kerja PSS diwajibkan hadir. Sila muat turun surat panggilan mesyuarat melalui emel masing-masing.

Terima kasih.

Sunday, May 2, 2010

Kelulusan Pergerakan Gaji 2010 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009

Sukacita dimaklumkan surat Kelulusan Pergerakan Gaji 2010 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 telahpun dikeluarkan oleh PPD. Tahniah, berdasarkan markah prestasi 2009 semua guru diberi pergerakan gaji seperti biasa.

4 orang guru dan staf sekolah yang dicalonkan oleh JK Penilaian Prestasi Sekolah, untuk menerima Anugarah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2009 juga telah diluluskan oleh Panel Penilaian Prestasi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PPD/JPN negeri Kedah. Sehubungan itu tahniah diucapkan kepada, Pn. Norhayati bt. Omar, Pn. Fuziah bt. Ismail, En. Khairul Azwan b. Abd. Aziz dan En. Mohd Rosidi b. Md Isa kerana telah diberi penghormatan untuk menerima anugerah ini.

Sila dapatkan surat kelulusan ini daripada Pembantu Am Pejabat En. Zaini mulai hari ini.


Tuesday, April 13, 2010

Program Kecemerlangan Akademik Tahap 2

Tindakan Panitia Mata Pelajaran dan semua guru Tahap 2
1. Adakan mesyuarat panitia
- Guru mengajar bentang analisa keputusan Ujian Pengesanan 1
- Buat post mortem (kekuatan, kelemahan, pelan tindakan)
2. Buat pelaporan lengkap post mortem untuk dibentangkan dalam mesyuarat akan datang.

Meningkat kualiti e-pentadbiran dan e-learning sekolah
Semua guru diharap dapat menggunakan kemudahan ICt sekolah untuk meningkat kualiti e-pentadbiran dan e-learning sekolah. Blog ini adalah blog pentadbiran, semua guru wajib melihat blog ini untuk mendapatkan maklumat pentadbiran dan mengambil tindakan segera kepada apa-apa arahan dan makluman. Guru-guru boleh memberi maklum balas sebagai tanda sudah baca, atau sudah diambil tindakan melalui ruangan komen. Kita juga menggalakkan guru menggunakan kemudahan emel untuk berhubung antara satu sama lain. Sesungguhnya kemudahan ICT bukan saja membantu mempermudahkan kerja kita tetapi juga memberi impak yang besar kepada P&P dan pengurusan sekolah.

Sunday, April 11, 2010

Kemudahan login untuk semua guru dalam EMIS ONLINE

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM telah menyediakan kemudahan login bagi semua guru ke dalam Sistem Maklumat Asas Pendidikan (EMIS) secara online. Sistem EMIS Online ini boleh dilayari dialamat http://apps.moe.gov.my. Sehubungan itu semua guru di sekolah dikehendaki menyemak maklumat diri di dalam sistem tersebut. Dengan adanya kemudahan ini, ketepatan dan kesahihan data peribadi guru dalam Sistem EMIS adalah menjadi tanggungjawab guru-guru sendiri.

Keputusan Ujian Pengesanan 1 dan Rumusan Headcount
Semua guru diingatkan agar mengambil tanggungjawab mengikut bidang masing-masing agar analisa dan laporan lengkap siap sepenuhnya minggu ini. Terima kasih.

Saturday, April 10, 2010

Penyeliaan Klinikal P&P

Salah satu strategi meningkatkan kualiti P&P guru di bilik darjah ialah dengan cara mengadakan penyeliaan klinikal oleh barisan kepimpinan sekolah. Penyeliaan Klinikal bermaksud proses penyeliaan P&P secara klinikal, iaitu berlaku proses perbincangan antara guru mengajar dan penyelia sebelum dan selepas penyeliaan bagi menambahbaik amalan P&P guru di bilik darjah. Bagi memastikan proses ini berjalan lancar, semua guru perlu memberikan kerjasama. Dalam hal ini, saya sangat berharap semua guru sentiasa membuat persediaan dan melakukan proses P&P dengan baik sepanjang masa, sama ada diselia ataupun tidak. Matlamat kita adalah memberikan yang terbaik kepada murid.

Syabas Pasukan Hoki
Syabas dan tahniah kepada jurulatih dan pengurus pasukan hoki sekolah atas pencapaian mengekalkan tempat ketiga peringkat daerah sebagaimana tahun lepas.

Tuesday, April 6, 2010

Manual Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB) JPN Kedah

Sila muat turun Manual Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB) JPN Kedah, untuk bacaan, makluman dan tindakan semua guru. Manual ini diharap dapat membantu semua guru dalam memastikan pengurusan kurikulum sekolah berjalan dengan baik dan berkesan. Sila beri perhatian kepada perkara-perkara seperti;
1. Instrumen Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran guru di bilik darjah.
2. Pemantauan Pengurusan Bilik Darjah, dan
3. Pemantauan Prestasi Murid.

Program Kelas Bersih, Ceria dan Interaktif
Semua guru kelas diharap dapat memberikan kerjasama dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Semua kelas mesti meningkatkan kebersihan, keceriaan dan berinteraktif kepada pembelajaran kendiri murid. Sesungguhnya usaha kita mendidik boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah dan pendekatan. Justeru, program ini merupakan salah satu usaha secara tidak langsung memberikan maklumat dan pendidikan kepada murid.

Persekolahan ganti sempena Hari Raya Aidil Fitri
Sekolah akan mengadakan persekolahan ganti sempena cuti Hari raya Aidil Fitri pada hari Sabtu, 10 dan 24 April 2010.

Monday, April 5, 2010

Suku Kedua 2010

Sesi persekolahan 2010 sudah masuk ke suku kedua. Dalam industri yang mengutamakan keuntungan, syarikat sudah mula mengukur dan menilai pencapaian suku pertama dan mengambil tindakan penambahbaikan dalam mana-mana perjalanan sektor, bahagian dan unit demi menjamin keberkesanan organisasi untuk mencapai matlamat pada akhir tahun. Sekolah, wpun sektor kerajaan, namun dalam zaman moden hari ini, cara yang hampir sama diguna pakai untuk melihat keberkesanan sekolah dan pencapaian pada akhir tahun. Terbaru, melalui NKRA, setiap sekolah disyaratkan mencapai sasaran tertentu (sasaran KPM) sebagai bukti peningkatan kualiti dan penambahbaikan sekolah. Justeru, saya mengajak semua guru, mari kita semak kembali semua usaha, program, aktiviti dan tanggungjawab kita dan membuat penilaian sejauh mana pencapaian kita pada suku pertama 2010. Berdasarkan SKT kita, buatlah penilaian kendiri serta unit-unit kecil dalam pengurusan sekolah, sejauh mana kita terlibat, berperanan dan memberi sumbangan besar mengikut senarai tugas yang diamanahkan kepada kita. Seterusnya, ambillah tindakan susulan untuk menambahbaik mana-mana bahagian yang kita rasakan tidak menunjukkan impak yang besar terutama kepada murid, diri kita dan sekolah. Semoga kita sentiasa bertambah baik dan cemerlang.

Tuesday, March 30, 2010

AJK PIBG

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua guru atas persediaan dan sumbangan bagi membolehkan Mesyuarat Agung PIBG ke 19 berlangsung dengan jayanya. Dalam mesyuarat tersebut terdapat perkara-perkara dibangkitkan yang perlu kita ambil tindakan bersama sebagai usaha penambahbaikan sekolah dan PIBG. Terima kasih dan tahniah juga saya ucapkan kepada guru-guru yang telah menjadi AJK PIBG bagi sesi 2009/2010 dan telah memberikan khidmat yang terbaik.
Berikut adalah AJK PIBG (guru) bagi sesi 2010/2011.
Setiausaha: Pn. Shrina bt. Razak
Bendahari: Pn. Cheah Huay Mey
AJK: En. Abdul Rahman Kadir Jelani
Pn. Fauziah bt. Ibrahim
Pn. Asmawati bt. Rezan
En. Azizan b. Ishak
Pemeriksa Kira-kira: Pn. Foziam bt. Hamid

Sila ambil tindakan segera ( setiausaha dan bendahari ) dengan proses serahan dan menerima tugas, bagi membuat persediaan Mesyuarat AJK kali Pertama pada 25 April 2010.

PENGURUSAN KURIKULUM
Menulis & Menghantar Buku Rekod/Ringkasan Mengajar
Mengikut rekod, masih terdapat guru-guru yang tidak menulis dengan baik dan menghantar Buku Rekod Mengajar untuk pemeriksaan secara berkala, setiap hujung minggu (khamis). Amalan negatif ini akan memberi impak yang negatif juga pada sesi P&P di kelas. Sila ambil tindakan penambahbaikan.

Semakan Buku Latihan Murid
Terima kasih dan syabas kepada guru-guru yang telah mengambil tindakan positif dengan menghantar buku latihan murid untuk disemak GB/PK mengikut jadual. Guru yang belum menghantar, sila berbuat demikian dengan SEGERA. Memo peringatan akan dikeluarkan untuk tindakan lanjut.

Dapatan / Keputusan Ujian Pengesanan 1
Sila kemaskini keputusan ujian mengikut Headcount untuk semakan PK /GB mulai minggu depan.

Tuesday, March 23, 2010

Persiapan Terakhir Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung PIBG akan berlangsung pada hari Ahad, 28 Mac 2010. Sehubungan itu saya sangat berharap semua guru telah memainkan peranan masing-masing mengikut JK Kerja bagi memastikan mesyuarat tersebut akan berlangsung dengan baik dan lancar. Saya sentiasa yakin, jika kita sentiasa bekerjasama sebagai sebuah pasukan kita akan berjaya dalam apa saja yang kita rancang dan lakukan. Terima kasih.

Sunday, March 21, 2010

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung PIBg kali ke 19, akan diadakan pada Hari Ahad, 28 Mac 2010, mulai jam 2 petang. Semua guru diharap dapat membuat persediaan mengikut JK Kerja masing-masing.

Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti kokurikulum akan bermula kembali pada hari Rabu, 31 Mac 2010. Semua guru diharap membuat persediaan dari aspek persediaan murid dan aktiviti.

Ujian Pengesanan 1
Semua guru dingatkan agar dapat menyegerakan pemeriksaan dan memasukkan markah ke dalam komputer mengikut template headcount masing-masing. Sila rujuk senarai semak peperiksaan yang telah dikeluarkan.

Thursday, March 18, 2010

Jemputan Makan Kenduri

Saya dengan hormatnya ingin menjemput semua guru dan staf sekolah untuk makan kenduri (kenduri kahwin adik ipar saya) di rumah ibu mertua saya di No. F565, Kg. Berapit, Tikam Batu ( Lorong mini tar ketiga, selepas SK Berapit. Sama lorong ke rumah PK1 Tn. Hj. Ishak ) pada hari Sabtu, 20 Mac 2010. Mai, jangan tak mai.

Monday, March 15, 2010

Takziah

Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan takziah kepada Pn. Faridah dan keluarga atas pemergian suami yang disayangi. Semoga Pn. Faridah dikurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian Allah ini. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan menguruskan segalanya.

Takziah juga kepada En. Suhaimi (Pengusaha Kantin) dan keluarga atas pemergian ke Rahmatullah ayahanda yang disayangi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Saturday, March 13, 2010

Tahniah dan terima kasih

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan staf sekolah atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan Kejohanan Padang dan Balapan Sekolah bagi tahun 2010. Kita telah menunjukkan bahawa kita boleh melakukan yang terbaik. Dalam kejohanan tersebut saya dapati banyak daripada pelajar kita yang mempunyai kebolehan dan berpotensi untuk digilap bakatnya menjadi ahli sukan khususnya dalam acara padang dan balapan. Bakat2 asas ini jika kita boleh berikan tunjuk ajar yang betul serta latihan yang berterusan secara bersungguh-sungguh, tidak mustahil, murid-murid sekolah kita akan mendominasi kejohanan peringkat daerah. Bayangkan jika kita benar-benar lakukan itu, dalam masa yang sama tiada sekolah yang berbuat demikian, maknanya kita mempunyai kelebihan. Kanak2 jika diberi tunjuk ajar dan latihan yang cukup mereka cepat belajar dan boleh menguasainya.

Untuk berbuat demikian, kita memerlukan kesungguhan, komitmen dan pengorbanan masa dan tenaga. Tetapi, itulah sebenarnya guru atau pendidik yang sentiasa mempunyai ruang dan peluang untuk memberikan apa saja yang positif kepada kanak2. Sukan membentuk insan yang sihat dan berdisiplin. Bukankah ini salah satu daripada matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita?

Tuesday, March 9, 2010

Seronoknya jika kita bekerjasama

Hari ini saya melihat acara sukaneka dan peringkat akhir acara padang dan sebahagian acara balapan memperlihatkan adanya kerjasama dan kesungguhan guru-guru untuk menjayakannya. Kepada guru-guru yang ternyata bersungguh-sungguh saya melihat mereka merasa seronok dengan suasana 'temasya' itu serta dapat menyelesaikan tugas yang dipertanggungjawabkan, wpun nampak keletihan. Mungkin kita kekurangan stemina atau kurang cergas. Meskipun begitu saya masih dapat melihat ada guru-guru yang masih mengamalkan sikap 'play safe'. Namun demikian, KITA tetap BERGERAK KE HADAPAN. Lazimnya, orang-orang yang LAMBAT akan KETINGGALAN. Oleh kerana kita adalah SATU KAPAL, biarlah kita sama-sama sampai ke DESTINASINYA. Syabas dan terima kasih. Harapan saya, hari kejohanan sebenar akan lebih baik dan meriah.

Monday, March 8, 2010

JK Mesyuarat Agung PIBG

Semua guru, Sila muat turun melalui emel masing-masing JK Kerja Mesyuarat Agung PIBG untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih.

Wednesday, March 3, 2010

Yakinlah kita boleh berubah

Saya memohon maaf kepada semua guru atas keterlanjuran bicara dan ketidaksempurnaan saya pada taklimat Kejohanan Padang dan Balapan semalam. Namun saya sangat ikhlas untuk melihat kita semua bergerak maju merubah keadaan dan membangunkan sekolah. Saya sangat yakin dan sentiasa optimis, kita semua boleh berubah dan lakukan yang terbaik. Semua kita ada kelemahannya, namun yang penting keinginan untuk berubah, berfikir, belajar dan melakukannya. Sebagai orang yang diberi amanah dan tanggungjawab memimpin ini, saya sedar saya juga banyak kelemahan, namun usaha harus diteruskan. Ambillah tindakan proaktif dan positif dalam apa jua yang kita rasakan kita ini BERTANGGUNGJAWAB sebagai GURU. Buanglah SIKAP yang mementingkan diri, lemah dan tidak mahu berfikir dan berubah. Kita adalah orang-orang yang sangat beruntung kerana dianugerahkan peluang ini untuk mendapatkan rezeki. Masih banyak orang lain yang terkial-kial menongkah arus kehidupan yang sangat mencabar ini. untuk mencari sesuap nasi untuk anak-anak mereka yang kita didik di sekolah ini Justeru, Didiklah anak-anak murid kita agar mereka juga menjadi orang-orang yang beruntung seperti kita.

Monday, March 1, 2010

Bersama-sama menjayakan semua aktiviti sekolah

Banyakprogram dan aktiviti sekolah telah dirancang sebagai strategi untuk mencapai matlamat pendidikan peringkat sekolah rendah berasaskan isu-isu yang ada dan mencapai visi sekolah. Justeru, semua guru dan warga sekolah wajib meletakkan komitmen yang tinggi kepada tugas yang diberikan serta memberi sokongan antara satu sama lain. Matlamat pendidikan sekolah sekolah rendah berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang meletakkan satu metlamat untuk melahirkan generasi negara mengikut JERI ( jssmani, emosi, rohani dan intelek) adalah merangkumi semua aspek di dalam dan di luar bilik darjah. Guru-guru seharusnya memain peranan yang seimbang dalam semua aspek ini mengikut bidang dan kepakaran masing-masing. Semua orang mempunyai tanggungjawab dan kebolehan yang berlainan dan boleh berperanan dengan baik jika komitmen yang tinggi dijadikan pengangan kepada amalan kerja kita. Kita tidak perlu menunding jari kepada sesiapa sebaliknya sentiasa memberi sokongan dan dorongan antara satu sama lain agar apa yang kita rancang dan laksanakan memberi impak yang besar kepada murid, diri kita, sekolah dan negara. Bulan Mac ini, wpun ada cuti pertengahan penggal, namun dianggap antara bulan paling sibuk dan mencabar minda dan fizikal kita. Jadi saya berharap kita semua mempunyai kekuatan dan kesungguhan untuk menjadikan semua program dilaksanakan dengan jayanya.

Kejohanan Padang dan Balapan Sekolah ( 11 Mac )
Semua guru wajib meletakkan komitmen yang tinggi untuk memastikan ianya bukan saja berjaya diadakan dengan meraih tetapi juga memberi impak kepada pembangunan sahsiah dan kemenjadian murid sebagai murid yang sihat, cergas dan cerdas. Sikap melakukan kerja sekadar memenuhi masa dan tugas perlu dielakkan. Latihan murid-murid perlu dibuat secara bersungguh-sungguh. Ambil tindakan kepada murid-murid yang tidak hadir untuk memastikan wujudnya sikap berdisiplin dalam diri murid. Berilah arahan2 yang jelas dan tepat kepada murid berkaitan jadual, prosedur latihan dan keselamatan. Sikap bertanggungjawab dan kesungguhan guru menjadi faktor penting menjayakan semua aktiviti sekolah. Melakukan kerja secara melepaskan batoh di tangga harus dielakkan dan tidak menjdi budaya kita di SKTI.

Ujian Pengesan 1 ( 22 - 24 Mac )
Satu senarai semak dan prosedur pelaksanaan Ujian Pengesanan 1 akan dikeluarkan untuk tindakan semua guru.

Mesyuarat Agung PIBG ( 28 Mac )
Senarai JK kerja akan dikeluarkan untuk tindakan semua guru.

Sunday, February 28, 2010

Markah Prestasi 2009

Markah Prestasi 2009 telah di emel kepada semua guru yang ada emel. Kepada guru-guru yang tidak mempunyai emel sila mengambil tindakan segera. Tahniah atas pencapaian semua guru. Lumrah dalam kehidupan, kita selalunya sukar berpuas hati dengan apa yang kita dapat. Namun demikian saya sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengurusan sekolah termasuk pengurusan prestasi secara lebih baik dan telus. Saya sentiasa memberi peluang kepada guru-guru untuk berbincang dengan saya jika terdapat rasa tidak puas hati dan sebagainya berkaitan penilaian yang diberikan. Sesungguhnya yang baik daripada Allah, dan kelemahan itu adalah diri saya.


Tuesday, February 23, 2010

Terima kasih dan Tahniah

Terima kasih, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru di atas komitmen yang tinggi untuk menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang 2009. Saya berpuashati dan jika ada kecacatan kecil kita tambahbaikkan pada masa depan. Saya juga memohon maaf jika ada kekurangan daripada saya dan pengurusan sekolah sepanjang kita membuat persediaan untuk majlis tersebut.

2 lagi aktiviti besar bulan Mac
Bulan Mac nanti, ada dua lagi aktiviti besar sekolah, iaitu kejohanan padang dan balapan (11 Mac ) dan mesyuarat Agung PIBG (28 Mac). Kita harap kita juga dapat melakukan yang terbaik untuk kebaikan kita bersama.

Headcount mata pelajaran
Kita baru saja menerima peringatan daripada Unit Kurikulum JPN Kedah berkaitan penyediaan Headcount Mata Pelajaran dan P&P berfokuskan HC. Justeru Ketua Panitia dan semua guru diharap dapat menyiapkannya sebagaimana sepatutnya.

Markah Prestasi 2009

Markah prestasi telah diemel kepada guru-guru melalui emel masing-masing. Sila semak emel masing-masing dan muat turun surat markah prestasi 2009. Masih ada guru yang tidak mengemel alamat emel mereka kepada saya. Sila berbuat demikian dengan segera. Dapatkan bantuan daripada Ustaz Abd. Rahman atau En. Ahmad Farhan. Sila gunakan emel saya gurubesar.skti@gmail.com untuk semua urusan.

Monday, February 22, 2010

Kejohanan Padang dan Balapan SKTI

Mesyuarat ringkas JK Majlis Sukan Sekolah telah memutuskan untuk mengadakan Kejohanan Padang dan Balapan SKTI pada hari Khamis, 11 Mac 2010. Sehubungan itu latihan rumah sukan akan diadakan kembali mulai 1 Mac 2010. Hari Isnin dan Rabu, latihan rumah Merah & Biru sementara hari Selasa dan Khamis rumah Kuning dan Hijau mulai jam 4.00-6.00 petang. Galakkan semua murid membeli tshirt warna mengikut rumah sukan di kedai buku sekolah.
7 dan 8 Mac - Latihan Sukaneka
8 Mac - Sukan tara
9 Mac - Acara sukan neka dan acara akhir padang.
11 Mac - Kejohanan Padang dan Balapan secara rasmi.

Semua ketua dan guru-guru rumah diharap mengambil tindakan.

Terima kasih
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus-lumus membuat persediaan Hari Anugerah Cemerlang 2009. Semoga kita sentiasa bersama-sama untuk kejayaan kita bersama.

Markah Prestasi 2009
Markah prestasi semua guru dan staf boleh dimuat turun melalui emel masing-masing mulai hari Rabu, 24 Februari 2010

Sunday, February 21, 2010

Taklimat PTK 2010

Taklimat PTK 2010 akan diadakan pada hari Selasa, 23 Februari 2010, jam 1.30 tengah hari di bilik mesyuarat. Semua guru diwajibkan hadir.

TERIMA KASIH

Terima kasih kepada semu guru yang hadir bergotong-royong pada hari Sabtu lalu. Semoga usaha dan keikhlasan cikgu2 dibalas dengan rahmat yang baik oleh Allah.

Wednesday, February 17, 2010

LINUS

Sekarang sedang berlangsung ujian saringan LINUS. Jangan tak tahu apa dia LINUS. Sebagai guru kita kena tahu semua dunia kita. Jadi ambil tahulah, tanya2lah rakan2 kita yang mengajar di Tahun 1, mana tahu tahun depan kita pulak kena mengajar Tahun 1. Mungkin, sebab kita ada rancangan untuk mengadakan strategi P&P guru ikut naik kelas setiap tahun. Macam ni baru adil dan membolehkan kita jadi serba boleh.

UJIAN DAN PEPERIKSAAN
Pengurusan sekolah telah menetap hanya 2 Ujian Pengesanan dan 2 Peperiksaan akan diadakan setahun sebagai OTI1, OTI2, OTI3 dan OTI4 Headcount. Justeru jadual terbaru Ujian dan peperiksaan akan dikeluarkan dalam waktu terdekat untuk makluman dan tindakan semua guru.
Guru-guru diwajibkan menyedia sendiri soalan standard dengan permuafakatan di dalam kumpulan panitia. Soalan berbentuk fotastat atau palagiat daripada buku kerja/latihan tidak dibenarkan sama sekali. Panitia bertanggungjawab menguruskan ujian dan peperiksaan pada peringkat panitia masing-masing dengan menyediakan penyedia soalan serta JSU yang relevan.

GOTONG-ROYONG KECERIAAN KANTIN
Satu gotong-royong keceriaan kantin sekolah akan diadakan pada hari Sabtu, 20 Februari 2010, mulai jam 8.30 pagi. Semua guru dijemput hadir.

WAKTU KOKURIKULUM
Saya memohon maaf atas kesilapan waktu kokurikulum di dalam surat kepada ibu bapa tempoh hari. Waktu aktiviti kokurikulum yang sebenar ialah dari jam 3.00 - 6.00 petang setiap Rabu. Surat pembetulan kepada ibu bapa akan dikeluarkan pada minggu depan.

Tuesday, February 16, 2010

Mari KITA terus BERTAMBAH BAIK

Selamat kembali ke sekolah selepas cuti Tahun Baru Cina. Syabas dan tahniah kepada semua guru yang kembali bertugas dengan baik dan berkesan selepas berehat 5 hari. Merenung ke depan, hari-hari yang akan kita tempuh, masih terlalu banyak tugas dan tanggungjawab yang menunggu kita. Berasaskan Pelan Tindakan Strategik Sekolah 2010, sepatutnya kita sentiasa berada di landasan dan semakin bertambah baik khususnya dalam bidang-bidang tanggungjawab dan kepakaran kita. Kalau kita guru Bahasa Melayu, kita semakin mantap bukan saja menguasai ilmu pedagogi tetapi juga berjaya membina kreativiti dan inovasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Memang benar, P&P dan pendidikan hari ini begitu mencabar, namun demikian kita dibantu oleh banyak kemudahan dan teknologi terkini yang membolehkan kita menguasai dunia pendidikan secara lebih dinamik dan moden. Ambillah sedikit waktu untuk meneroka dan menghasilkan sesuatu yang baru, hasil kreativiti kita sendiri. Banggakan diri kita dengan penambahbaikan, inovasi dan keikhlasan sebagai pendidik sejati. Selamat maju jaya cikgu.

MESYUARAT KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHAP 2
Mesyuarat tersebut akan diadakan pada hari Ahad, 21 Februari 2010, 1.30 Petang, di Bilik Mesyuarat. Semua guru mengajar Tahun 4 dan 5 diwajibkan hadir.

MINIT MESYUARAT PANITIA DAN MESYUARAT LAIN
Masih banyak panitia mata pelajaran yang tidak menghantar (emel) minit mesyuarat kepada saya. Semua setiausaha mata pelajaran dikehendaki berbuat demikian dengan segera. Sila kemaskini juga fail panitia mengikut prosedur sepatutnya.

Monday, February 8, 2010

Headcount Mata Pelajaran

Tahniah dan syabas kepada JK Kecemerlangan Tahun 6 dan Panitia2 yang terlibat kerana telah menyiapkan Headcount Pencapaian dan Peningkatan Palajaran UPSR 2010. Kepada semua Panitia Mata Pelajaran dan semua guru mata pelajaran, diingatkan agar dapat menyiapkan Headcount semua murid dan dapat diguna pakai sebagai kayu ukur peningkatan dan pencapaian murid. Semua guru perlu menyediakan fail peribadi Headcount Mata pelajaran yang diajar.

MESYUARAT JK PEMBESTARIAN SEKOLAH
Mesyuarat tersebut di atas akan diadakan pada Rabu, 10 Februari 2010, jam 1.30 tengah hari di bilik mesyuarat. Semua JK terlibat diharap bersedia dan dapat menghadirkan diri.

EMEL MINIT MESYUARAT
Terima kasih dan Tahniah kepada Ustzah Sofinat kerana telah mengemelkan minit mesyuarat JK Pengurusan dan pentadbiran serta JK Kecemerlangan UPSR. Begitu juga kepada Pn. Hasni yang bagi panitia Muzik. Semoga urusan dan pentadbiran sekolah menjadi lebih baik dan cemerlang.

Sunday, February 7, 2010

Pembestarian Sekolah

Selepas diperkenalkan sekolah rintis Sekolah Bestari beberapa tahun yang lalu, hari ini semua sekolah telah dimasukkan di bawah Program Pembestarian Sekolah. Pembestarian sekolah bermaksud, semua sekolah diurus berorientasikan Sekolah Bestari dengan mengambil kira mengaktifkan penggunaan sumber pendidikan sebanyak mungkin. Sumber pendidikan bukan bererti hanya berasaskan ICT, tetapi semua sumber yang ada termasuk persekitaran sekolah yang mempunyai mekanisme bercirikan ilmu atau sumber pendidikan. Di mana-mana sahaja, murid dan warga sekolah boleh mengakseskan sumber ilmu secara langsung dan tidak langsung. Justeru, kita perlu berusaha mewujudkan bukan saja prasarana lengkap dan terbaik, tetapi juga sumber ilmu. Papan-papan kenyataan yang ada di mana sahaja perlu dilengkapkan dengan maklumat penting dan terkini. Bilik sumber dan kemudahan yang ada perlu dimaksimakan penggunaannya kepada semua murid dan warga sekolah. Saya ingin mengajak semua guru untuk bersama-sama saya membangunkan sekolah kita menjadi Sekolah Bestari terbaik di daerah ini. manfaatkanlah semua kemudahan dan sumber yang ada ke tahap terbaik, untuk diri, murid dan sekolah.

Saturday, February 6, 2010

Perjalanan dan Program Sekolah

Buku Perancangan Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah telah diterbitkan sebagai panduan perjalanan sekolah dan semua program. Justeru, semua guru wajib menjadikannya panduan dan sentiasa memberi perhatian kepada semua perkara terutama Takwim Sekolah. Guru-guru penyelaras/setiausaha Jawatankuasa kecil perlu mengambil tindakan awal terhadap keperluan mesyuarat dan aktiviti yang berkaitan dengannya.


Buku Laporan Guru Bertugas
Semua guru bertugas minggu ke 4, 5 dan 6, sila pastikan buku laporan itu dikemaskini dengan segera.

Gerak kerja kokurikulum & Pasukan Sekolah
Gerak kerja kokurikulum akan bermula pada 17 Februari 2010. Sila ambil tindakan awal bersama-sama PK Kokurikulum. Latihan pasukan sekolah ( Projek Gemilang 2012 ) perlu diadakan setiap hari Khamis.

Mesyuarat Hari Anugerah Cemerlang
Mesyuarat tersebut di atas akan diadakan pada Isnin, 8 Februari 2010. Semua guru diwajibkan hadir. Taklimat pengurusan sekolah hari Khamis, dibatalkan.

Terima kasih dan Tahniah
Terima kasih dan Tahniah kepada guru2 JK Kerja dan semua yang membantu perjalanan Majlis Iltizam Ibu Bapa dan sekolah UPSR 2010.

Wednesday, February 3, 2010

SKTI yang hebat


Hebatnya murid kita jika kita didik dan bimbing mereka. Hari ini, 3 Feb 2010, hampir semua murid Tahap 2 beruniform lengkap Pasukan Beruniform. Ia sesuatu yang bukan saja nampak cantik, tetapi juga akan membawa kepada terbinanya satu budaya dan iklim sekolah yang sihat. Sekolah yang hebat adalah sekolah yang terbina dengan satu budaya yang sangat positif. Budaya kerja seluruh warga guru, budaya belajar semua murid dan budaya disiplin yang sangat tinggi akan menjdikan iklim sekolah yang menjurus kepada kecemerlangan murid dan sekolah seluruhnya.

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009
Senarai JK Kerja Hari Anugerah Cemerlang telahpun di emel ke emel guru-guru. Sila semak dan muat turun untuk tindakan lanjut. Guru2 yang tidak menerima melalui emel, dapatkan salinan melalui rakan2.

MINIT MESYUARAT PANITIA
Terima kasih dan tahniah kepada Pn. Fauziah ( Panitia Agama Islam ) dan Pn. Ooi Kim Kee ( Panitia Bahasa Inggeris ) kerana telah emelkan minit menyuarat kepada saya. Kepada setiausaha panitia lain sila berbuat demikian dengan segera. Sila kemaskini juga fail panitia masing-masing.

KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH
Ditangguhkan ke bulan Jun. Oleh yang demikian, aktiviti Kokurikulum akan bermula pada hari Rabu, 17 Februari 2010. Sila semak urusan kokurikulum bersama PK Kokurikulum.

TAHNIAH
Tahniah diucapkan kepada Pn. Haslita dan Pn. Sharifah Shahrina kerana telah dilantik ke Gred DGA41.

Tuesday, February 2, 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2009

Guru-guru yang dihormati,
Oleh kerana kita tidak dapat menjalankan kejohanan padang dan balapan pada 24 Feb ini, pihak pentadbiran sekolah telah bercadang untuk mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 2009 pada tarikh yang sama, dan akan mengambil cuti peristiwa pada 25 Feb. Justeru, satu senarai JK Kerja akan dikeluarkan pada hari Khamis (4 Feb) untuk membolehkan kita membuat persiapan seterusnya. InsyaAllah.

Sila semak emel masing-masing pada 4 Feb, untuk memuat turun senarai JK Kerja.

Sekian, bersama menjayakan yang terbaik.

Wednesday, January 27, 2010

Permulaan

Guru-guru yang dihormati.
Saya wujudkan blog ini untuk memudahkan saya dan pentadbiran sekolah menyampaikan maklumat segera kepada semua guru. Justeru dengan kemudahan wifi yang ada di sekolah kita, saya sangat berharap semua guru sentiasa melawat blog ini untuk mendapatkan maklumat segera dan mengambil tindakan sebagaimana sepatutnya. Guru-guru juga boleh memberi komen positif melalui ruangan komen. Semoga ianya memanfaatkan kita bersama.

Terima kasih.