Saturday, March 13, 2010

Tahniah dan terima kasih

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan staf sekolah atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan Kejohanan Padang dan Balapan Sekolah bagi tahun 2010. Kita telah menunjukkan bahawa kita boleh melakukan yang terbaik. Dalam kejohanan tersebut saya dapati banyak daripada pelajar kita yang mempunyai kebolehan dan berpotensi untuk digilap bakatnya menjadi ahli sukan khususnya dalam acara padang dan balapan. Bakat2 asas ini jika kita boleh berikan tunjuk ajar yang betul serta latihan yang berterusan secara bersungguh-sungguh, tidak mustahil, murid-murid sekolah kita akan mendominasi kejohanan peringkat daerah. Bayangkan jika kita benar-benar lakukan itu, dalam masa yang sama tiada sekolah yang berbuat demikian, maknanya kita mempunyai kelebihan. Kanak2 jika diberi tunjuk ajar dan latihan yang cukup mereka cepat belajar dan boleh menguasainya.

Untuk berbuat demikian, kita memerlukan kesungguhan, komitmen dan pengorbanan masa dan tenaga. Tetapi, itulah sebenarnya guru atau pendidik yang sentiasa mempunyai ruang dan peluang untuk memberikan apa saja yang positif kepada kanak2. Sukan membentuk insan yang sihat dan berdisiplin. Bukankah ini salah satu daripada matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita?