Sunday, April 24, 2011

TAKLIMAT PENTADBIRAN 3/2011

Taklimat tersebut di atas akan diadakan sebagaimana berikut;

KHAMIS: 28 APRIL 2011
MASA: 1.20 TENGAH HARI
TEMPAT:DEWAN ILMU, PSS

SEMUA GURU WAJIB HADIR.

Terima kasih.
Guru Besar.

Sunday, April 10, 2011

MEMANTAU PENCAPAIAN MURID

Memantau pencapaian murid antara tugas utama guru selain daripada mengajar. Tujuan pemantauan adalah untuk memastikan pencapaian murid sentiasa meningkat mengikut sasaran yang telah ditetapkan di dalam headcount. Justeru, semua guru perlu memastikan analisa dan analisis pencapaian murid Ujian Pengesanan Akademik 1 perlu dibuat berasaskan headcount bagi merancang program P&P yang lebih berkesan agar pencapaian murid 100% mencapai sasaran. Sila pastikan analisa dan analisis pencapaian diserahkan kepada PK1 segera untuk semakan dan perhatian Buru Besar.

MARKAH PRESTASI DAN PERGERAKAN GAJI 2010

Tahniah diucapkan kepada semua guru telah menerima keputusan pergerakan gaji yang diluluskan PPD. Tahniah juga kepada Pn. Ooi, Pn. Baha, Pn. Fazilah dan Pn. Nor Hafizah kerana telah menerima Anugerah Cemerlang bagi Tahun 2010. Sila pastikan emel cikgu-cikgu dikemas kini untuk menerima Surat rasmi markah prestasi 2010 dalam waktu terdekat.