Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan diri.

Tuesday, August 9, 2011

BUKU LATIHAN MURID

Ada ibu bapa komplain katanya cikgu bagi 10 soalan matematik membebankan anak mereka. Mcm2 ragam mereka. Apapun peringatan kepada kita semua, memberi tugasan kepada murid berlebihan bukanlah menjadi isu, tetapi jika kita tidak menyemak buku latihan murid secara tekal dan berkesan, ini yang sebenarnya menimbulkan banyak kesan kepada murid dan guru. Justeru, saya berharap cikgu-cikgu dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik.

PROGRAM SEMARAK QALBU RAMADHAN UPSR 2011
Program tersebut akan diadakan pada hari Selasa, 16 Ogos 2011 dari jam 3.30 ptg hingga 10 malam. Semua guru diharap dapat bersama-sama hadir menjayakan program ini dan berbuka puasa.

CUTI PERISTIWA SEMPENA NUZUL AL-QURAN
Sekolah bercadang akan mengambil cuti peristiwa sempena Nuzul Al-Quran pada hari Rabu, 17 Ogos 2011. Makluman perkara ini akan diberikan setelah menerima kelulusan dari PPD.