Tuesday, April 17, 2012

Latihan Rumah Sukan

Sukacita dimaklumkan kepada semua guru, Latihan Rumah Sukan untuk persediaan Kejohanan Padang dan Balapan 2012, perlu dijalankan mulai minggu ini (18/19 April 2012) mengikut jadual latihan rumah. Sila pastikan semua murid tahun 3 - 6 terlibat. Laporan latihan rumah sukan juga perlu dilengkapkan setiap kali latihan dibuat.

LAPORAN KEMAJUAN AKADEMIK MURID

Semua guru kelas diingatkan agar segera menyerahkan Laporan Kemajuan Akademik Murid (Ujian 1) kepada ibu bapa melalui murid-murid.

Terima kasih.

Gerak

Wednesday, February 15, 2012

Latihan Dalam Perkhidmatan 1/2012

Latihan Dalam Perkhidmatan 1/2012 akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh: SABTU, 18 Februari 2012
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Ilmu, PSS

Sila bawa komputer riba.
Semua guru WAJIB HADIR.

Terima kasih.
Guru Besar.

Wednesday, February 1, 2012

Kemaskini Papan Kenyataan

Kita sudah masuk bulan kedua persekolahan 2012. Mohon semua guru melalui Panitia Mata Pelajaran, Unit-unit Kurikulum dan kokurikulum, Unit-Unit HEM serta semua yang berkenaan mengemaskini PAPAN KENYATAAN yang ada di seluruh sekolah untuk menjadi sumber sokongan pembelajaran dan maklumat kepada murid dan seluruh warga sekolah. SILA BERTINDAK SEKARANG. JANGAN ADA LAGI PAPAN KENYATAAN YANG BERTARIKH TAHUN 2011.

Monday, January 9, 2012

Mesyuarat Kecemerlangan UPSR dan Tahun 5, 1/2012

Kepada;

Semua PK

Semua Guru mengajar Tahun 5 dan 6

Ketua Panitia Bahasa Malaysia
Ketua Panitia Bahasa Inggeris

Ketua Panitia Matematik

Ketua Panitia Sains
Ketua Panitia Agama Islam
Kaunselor
SU Peperiksaan Awam

SU Pentaksiran Sekolah

Mesyuarat tersebut di atas akan diadakan sebagaimana berikut;

Khamis, 12 Januari 2012
Masa: 1.30 tengah hari
Tempat; Bilik Mesyuarat

Sila dapatkan surat panggilan mesyuarat daripada En. Zaini.

Terima kasih.

MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN


Semua Panitia Mata Pelajaran, hendaklah mengadakan mesyuarat panitia mulai sekarang. Sila dapatkan minit mesyuarat Kurikulum 1/2012 daripada En. Zaini untuk panduan. Terima kasih.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM 1/2012

Minit mesyuarat Kurikulum 1/2012 akan diedarkan secara hardcopy kepada semua guru sekarang. Sila pastikan semua maklumat, arahan dan keputusan mesyuarat diambil tindakan mengikut bidang dan tanggungjawab masing-masing. Minit mesyuarat tidak akan diedarkan lagi ketika mesyuarat akan datang.