Wednesday, January 26, 2011

MESYUARAT AKADEMIK TAHUN 4 & 5 1/2011

Mesyuarat Akademik Tahun 4 & 5 1/2011 akan diadakan sebagaimana berikut;

Tarikh: Selasa, 1 Februari 2011
Masa: 1.30 tengah hari
Tempat: Dewan Ilmu, Pusat Sumber Sekolah
Agenda: 1. Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun
2. Headcount
3. Pelan Tindakan strategik Akademik Sekolah 2011

Semua guru mengajar Tahun 4 dan 5 WAJIB hadir.

CUTI TAHUN BARU CINA
Sekolah akan akan mengambil Cuti Peristiwa pada hari Rabu, 2 Februari 20011. Sehubungan itu sekolah akan bercuti dari 2 - 6 Februari (5hari). Sekolah akan dibuka kembali pada hari Isnin, 7 Februari. Semua guru dinasihatkan menyedia tugasan/kerja rumah yang bersesuaian kepada murid. Sila rekodkan pemberian kerja rumah dalam BRM.

BUKU LAPORAN KOKURIKULUM/SUKAN
Semua guru penasihat Kokurikulum dan Sukan, sila melengkapkan buku pelaporan kokurikulum dan menyerahkan kepada En. Zaini untuk semakan Guru Besar mulai hari ini (khamis, 27 Jan 2011)

Saturday, January 22, 2011

TAKLIMAT PENTADBIRAN 1/2011

Taklimat Pentdbiran 1/2011 akan diadakan sebagaimana berikut;

Tarikh: Ahad, 23 Januari 2011
Masa: 1.30 tengahhari
Tempat: Pusat Sumber Sekolah
Agenda: 1. Taklimat SMM & Headcount ( En. Khairul Azwan)
2. Taklimat Kurikulum & Akademik ( Pn. Sharifah Shahrina )
3. Taklimat Pentadbiran ( Guru Besar )

Semua guru WAJIB hadir.

Tuesday, January 18, 2011

Menjana kecemerlangan sekolah

Syukur Alhamdulillah saya melihat satu perkembangan positif sedang berlaku di SKTI pada awal sesi persekolahan 2011. Keinginan dan komitmen mengambil tanggungjawab terhadap tugas dalam kalangan guru sangat membangga dan menyentuh perasaan saya. Bekerja bukan kerana gaji tetapi kerana tanggungjawab dan amanah bukan senang diamalkan oleh sesetangah orang. Namun rakan-rakan guru yang saya sentiasa optimis boleh cemerlang telah mula menunjukkan 'sentuhan' kecemerlangan. Petang semalam saja (18 jan), sebahagian guru mengambil tanggungjawab, berbincang untuk aktiviti sekolah dan mengadakan latihan pasukan sekolah. Syabas dan tahniah kepada semua guru terlibat. Anda semua boleh dan kita menuju kecemerlangan.

Latihan Rumah Sukan
Hari ini dan esok bermula Latihan Rumah Sukan bagi program Sukan Sekolah. Sebagai peringatan kepada semua guru, sila pastikan Manual Prosedur Kerja dipatuhi dan dilaksanakan dengan baik. Paling penting dan utama adalah memastikan aktiviti memberi impak kepada murid serta keselamatan mereka diutamakan. Agihlah tugas dalam kalangan guru dengan baik agar semua murid sentiasa di dalam perhatian kita.

Data SMM
KPM sedang mengemaskini data SMM (Sistem maklumat murid) dalam usaha memperkemas proses penyaluran bantuan kepada murid-murid yang layak. Sehubungan itu, semua guru kelas diharap dapat mengemaskini data tersebut dengan segera. Sila berurusan bersama-sama PKHEM dan Guru Data Sekolah.

Monday, January 17, 2011

Bergerak seiring

Sudah 10 hari sesi persekolahan 2011. Tahniah kepada semua guru yang sedang bergerak seiring dengan perancangan sekolah. Minggu lepas saya ada menulis tentang positif dan proaktif. Untuk mencapai matlamat 2011 dan visi 2015, sikap sentiasa positif dan proaktif adalah merupakan kriteria utama untuk cemerlang. Cemerlang kita (guru), cemerlanglah murid dan sekolah. Sentiasa semak takwim sekolah dan bertindaklah dengan segera. Bertangguh merugikan kita juga. Elakkan drp sentiasa berkata banyak kerja, tetapi lakukan kerja dengan sebanyaknya. Nasihat saya, gunakan senarai tugas drp Buku Perancangan Sekolah dan buatlah SKT (Sasaran Kerja Tahunan kita) Permudahkan SKT kepada, tugas kita, apa yang nak kita buat, bila dan KPI. Susunlah dan jadikan panduan. Saya yakin jika kita bekerja dengan pelan yang baik, hasilnya sangat baik.

Headcount dan Perancangan Strategik
Sila serahkan atau emel kepada saya dengan segera untuk tindakan lanjut. Tanggungjawab semua Ketua Panitia untuk memastikan kedua-dua perkara tersebut selesai. Semua guru mengajar MP Teras dan Agama Islam perlu menyediakan Headcount 2011. Jangan bertangguh.

Penolong Kanan
Sementara kita menunggu PK 1 dan PKKO baru, buat sementara waktu Pn. Sharifah akan menanggung kerja PK1 dan En. Rosidi akan menanggung kerja PKKO. Semua guru diharap dapat memberi kerjasama sepenuhnya.

Mesyuarat Khas
Guru-guru berikut sila hadir ke bilik saya untuk Mesyuarat Khas:
Tarikh: Selasa, 18 Januari
Masa: 1.15 tengah hari
Tempat: Bilik Guru Besar

1. Pn. Sharifah
2. Pn. Cheah
3. Pn. Fatimah
4. Pn. Hong
5. En. Zahir Hashim
6. En. Mohd Effendi

Kerjasama semua guru ini saya ucapakan terima kasih.

Wednesday, January 12, 2011

Aktiviti Kokurikulum 2011

Syabas dan tahniah dan terima kasih kepada semua guru kerana telah mengambil tanggungjawab menjayakan aktiviti kokurikulum kali pertama bagi tahun 2011. Kehadiran guru dan murid serta aktiviti yang dijalankan menampakkan kepada kita ada banyak penambahbaikan dan usaha-usaha meningkatkan kecemerlangan kokurikulum dan sekolah. Saya sangat berharap mementum hari ini dapat dikekalkan atau sentiasa ditambahbaikkan demi kepentingan murid, guru dan sekolah. Sebagai Gb, saya akan sentiasa memberi sepenuh sokongan dan turun padang bersama-sama guru untuk memberi semangat, dorongan dan bimbingan. Sila pastikan semua aktiviti direkodkan dengan baik di dalam buku pelaporan kokurikulum.

CUTI HUJUNG MINGGU & KERJA RUMAH
Sempena cuti hujung minggu, semua guru diharap dapat memberikan kerja rumah tambahan kepada murid untuk memastikan mereka sentiasa belajar. Walau bagaimanapun, semua latihan dan kerja rumah yang diberi hendaklah berpatutan dan sesuai dengan perkembangan pembelajaran semasa. Gunakan buku kerja, buku aktiviti (SPBT) atau lembaran kerja.

Tuesday, January 11, 2011

Mengajar, belajar, seronok dan selamat

Masuk minggu kedua persekolahan, saya melihat banyak perkara positif berlaku di sekolah. Perkembangan yang baik ini seharusnya menjadi mementum kepada kita semua untuk memastikan sekolah sentiasa berada pada landasan yang tepat menuju misi dan visi sekolah. Kita semua harus bersikap positif, proaktif dan optimis kepada kerja dan tanggungjawab. Yakinlah, kita boleh memberikan yang terbaik untuk murid-murid dan sekolah. Paling penting, adalah sekolah wajib mempunyai situasi di mana, guru mengajar, murid belajar dalam keadaan seronok dan selamat. Justeru, berilah sepenuh perhatian kita kepada semua perkara tersebut.

Minit mesyuarat
Saya masih belum menerima sebahagian besar minit mesyuarat JK dan Panitia Mata pelajaran yang telah bermesyuarat. Semua setiausaha, sila berbuat demikian SEKARANG.

Monday, January 10, 2011

Aktiviti Kokurikulum 2011

Aktiviti kokurikulum akan bermula secara rasmi pada hari Rabu, 12 Januari 2011. Sehubungan itu semua Ketua Unit dan guru penasihat dapat mengambil tindakan proaktif membuat persediaan awal dengan mengadakan perbincangan praaktiviti dalam kumpulan masing-masing. Adalah diingatkan, menjadi tanggungjawab Ketua Unit dan guru penasihat untuk memastikan murid (ahli) dalam kumpulan masing-masing hadir, berdisiplin dan menjalani aktiviti dengan baik. Antara aktiviti permulaan yang boleh dijalankan adalah seperti mengadakan mesyuarat ahli, pelantikan AJK, berbincangan dan pembentangan perancangan aktiviti sepanjang tahun, suaikenal antara ahli, kuiz dan sebagainya. Bagi Unit Beruniform, aktiviti wajib dimulakan dengan perbarisan kumpulan dan berkawat.

Semua ketua unit, boleh mendapatkan Buku Pelaporan Aktiviti 2011 daripada En. Zaini mulai esok. Semua murid (ahli) wajib mempunyai Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum untuk diguna pakai sepanjang Tahun 4 hingga Tahun 6. Bagi murid-murid yang tidak ada, pastikan mereka membeli di kedai buku.

Sunday, January 9, 2011

Positif dan proaktif

Syabas dan tahniah kepada rakan-rakan guru yang menunjukkan sikap positif dan proaktif kepada perancangan sekolah serta tanggungjawab masing-masing. Melakukan kerja dengan niat ikhlas tanpa menunggu arahan adalah sesuatu yang sangat positif. Lebih kreatif jika apa yang dipertanggungjawabkan kepada kita dilakukan dengan cara terbaik dan menakjubkan. Sebagai manusia yang dianugerahi Allah dengan pelbagai kelebihan, kita boleh melakukan apa saja dengan cara terbaik tanpa diarah begini dan begitu. Saya, sebagai guru besar hanyalah perunding dan pembimbing ke arah matlamat dan objektif kita. Setiap perkara perlu bermula dengan perancangan yang baik dan tindakan yang berkesan akan membuahkan hasil yang sangat cemerlang. Tetapi jika kita bekerja tanpa perancangan yang baik, sekadar menghabiskan waktu dan tugas yang diperuntukkan kepada kita, hasilnya pasti sebaliknya.

Masuk minggu kedua, saya melihat ada banyak perkara positif dan proaktif yang telah dan sedang berlaku di SKTI. Ini menunjukkan kita semua adalah guru-guru yang positif dan boleh menerima perubahan. Justeru, teruskan usaha dan kerja kuat kita untuk memastikan visi dan misi bukanlah angan-angan kosong. Syabas dan Tahniah.

Minit Mesyuarat
Saya masih lagi menunggu minit-minit mesyuarat Jawatankuasa untuk tindakan selanjutnya. Semua setiausaha sila ambil tindakan segera mengemelkan minit mesyuarat kepada saya dan kepada semua ahli.

Tuesday, January 4, 2011

e-Pentadbiran

Salam Sejahtera. Guru-guru yang dihormati. Untuk memudah dan meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran sekolah, saya berharap kita perkemaskan semua urusan sekolah menggunakan eletronik atau e-Pentadbiran. Justeru, ingin saya maklumkan bahawa Blog Pentadiran ini kita teruskan dan kemas kini sebagai satu saluran rasmi untuk menyampaikan maklumat kepada semua guru. Sehubungan itu, semua guru perlu sentiasa melawat blog ini untuk mendapatkan maklumat semasa.

PENGGUNAAN emel
Semua guru diharap dapat mengemaskini emel masing-masing untuk urusan perhubungan rasmi pentadbiran dan pengurusan sekolah.

Minit Mesyuarat Pertama
Mulai hari ini semua guru yang bertanggungjawab sebagai setiausaha dapat mengemelkan minit mesyuarat pertama berkaitan jawatankuasa masing-masing kepada guru besar untuk tindakan lanjut.

Semoga tindakan kita ini akan dapat bukan saja meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah tetapi juga kemahiran ICT kita.