Sunday, January 9, 2011

Positif dan proaktif

Syabas dan tahniah kepada rakan-rakan guru yang menunjukkan sikap positif dan proaktif kepada perancangan sekolah serta tanggungjawab masing-masing. Melakukan kerja dengan niat ikhlas tanpa menunggu arahan adalah sesuatu yang sangat positif. Lebih kreatif jika apa yang dipertanggungjawabkan kepada kita dilakukan dengan cara terbaik dan menakjubkan. Sebagai manusia yang dianugerahi Allah dengan pelbagai kelebihan, kita boleh melakukan apa saja dengan cara terbaik tanpa diarah begini dan begitu. Saya, sebagai guru besar hanyalah perunding dan pembimbing ke arah matlamat dan objektif kita. Setiap perkara perlu bermula dengan perancangan yang baik dan tindakan yang berkesan akan membuahkan hasil yang sangat cemerlang. Tetapi jika kita bekerja tanpa perancangan yang baik, sekadar menghabiskan waktu dan tugas yang diperuntukkan kepada kita, hasilnya pasti sebaliknya.

Masuk minggu kedua, saya melihat ada banyak perkara positif dan proaktif yang telah dan sedang berlaku di SKTI. Ini menunjukkan kita semua adalah guru-guru yang positif dan boleh menerima perubahan. Justeru, teruskan usaha dan kerja kuat kita untuk memastikan visi dan misi bukanlah angan-angan kosong. Syabas dan Tahniah.

Minit Mesyuarat
Saya masih lagi menunggu minit-minit mesyuarat Jawatankuasa untuk tindakan selanjutnya. Semua setiausaha sila ambil tindakan segera mengemelkan minit mesyuarat kepada saya dan kepada semua ahli.