Sunday, February 28, 2010

Markah Prestasi 2009

Markah Prestasi 2009 telah di emel kepada semua guru yang ada emel. Kepada guru-guru yang tidak mempunyai emel sila mengambil tindakan segera. Tahniah atas pencapaian semua guru. Lumrah dalam kehidupan, kita selalunya sukar berpuas hati dengan apa yang kita dapat. Namun demikian saya sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengurusan sekolah termasuk pengurusan prestasi secara lebih baik dan telus. Saya sentiasa memberi peluang kepada guru-guru untuk berbincang dengan saya jika terdapat rasa tidak puas hati dan sebagainya berkaitan penilaian yang diberikan. Sesungguhnya yang baik daripada Allah, dan kelemahan itu adalah diri saya.


Tuesday, February 23, 2010

Terima kasih dan Tahniah

Terima kasih, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru di atas komitmen yang tinggi untuk menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang 2009. Saya berpuashati dan jika ada kecacatan kecil kita tambahbaikkan pada masa depan. Saya juga memohon maaf jika ada kekurangan daripada saya dan pengurusan sekolah sepanjang kita membuat persediaan untuk majlis tersebut.

2 lagi aktiviti besar bulan Mac
Bulan Mac nanti, ada dua lagi aktiviti besar sekolah, iaitu kejohanan padang dan balapan (11 Mac ) dan mesyuarat Agung PIBG (28 Mac). Kita harap kita juga dapat melakukan yang terbaik untuk kebaikan kita bersama.

Headcount mata pelajaran
Kita baru saja menerima peringatan daripada Unit Kurikulum JPN Kedah berkaitan penyediaan Headcount Mata Pelajaran dan P&P berfokuskan HC. Justeru Ketua Panitia dan semua guru diharap dapat menyiapkannya sebagaimana sepatutnya.

Markah Prestasi 2009

Markah prestasi telah diemel kepada guru-guru melalui emel masing-masing. Sila semak emel masing-masing dan muat turun surat markah prestasi 2009. Masih ada guru yang tidak mengemel alamat emel mereka kepada saya. Sila berbuat demikian dengan segera. Dapatkan bantuan daripada Ustaz Abd. Rahman atau En. Ahmad Farhan. Sila gunakan emel saya gurubesar.skti@gmail.com untuk semua urusan.

Monday, February 22, 2010

Kejohanan Padang dan Balapan SKTI

Mesyuarat ringkas JK Majlis Sukan Sekolah telah memutuskan untuk mengadakan Kejohanan Padang dan Balapan SKTI pada hari Khamis, 11 Mac 2010. Sehubungan itu latihan rumah sukan akan diadakan kembali mulai 1 Mac 2010. Hari Isnin dan Rabu, latihan rumah Merah & Biru sementara hari Selasa dan Khamis rumah Kuning dan Hijau mulai jam 4.00-6.00 petang. Galakkan semua murid membeli tshirt warna mengikut rumah sukan di kedai buku sekolah.
7 dan 8 Mac - Latihan Sukaneka
8 Mac - Sukan tara
9 Mac - Acara sukan neka dan acara akhir padang.
11 Mac - Kejohanan Padang dan Balapan secara rasmi.

Semua ketua dan guru-guru rumah diharap mengambil tindakan.

Terima kasih
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus-lumus membuat persediaan Hari Anugerah Cemerlang 2009. Semoga kita sentiasa bersama-sama untuk kejayaan kita bersama.

Markah Prestasi 2009
Markah prestasi semua guru dan staf boleh dimuat turun melalui emel masing-masing mulai hari Rabu, 24 Februari 2010

Sunday, February 21, 2010

Taklimat PTK 2010

Taklimat PTK 2010 akan diadakan pada hari Selasa, 23 Februari 2010, jam 1.30 tengah hari di bilik mesyuarat. Semua guru diwajibkan hadir.

TERIMA KASIH

Terima kasih kepada semu guru yang hadir bergotong-royong pada hari Sabtu lalu. Semoga usaha dan keikhlasan cikgu2 dibalas dengan rahmat yang baik oleh Allah.

Wednesday, February 17, 2010

LINUS

Sekarang sedang berlangsung ujian saringan LINUS. Jangan tak tahu apa dia LINUS. Sebagai guru kita kena tahu semua dunia kita. Jadi ambil tahulah, tanya2lah rakan2 kita yang mengajar di Tahun 1, mana tahu tahun depan kita pulak kena mengajar Tahun 1. Mungkin, sebab kita ada rancangan untuk mengadakan strategi P&P guru ikut naik kelas setiap tahun. Macam ni baru adil dan membolehkan kita jadi serba boleh.

UJIAN DAN PEPERIKSAAN
Pengurusan sekolah telah menetap hanya 2 Ujian Pengesanan dan 2 Peperiksaan akan diadakan setahun sebagai OTI1, OTI2, OTI3 dan OTI4 Headcount. Justeru jadual terbaru Ujian dan peperiksaan akan dikeluarkan dalam waktu terdekat untuk makluman dan tindakan semua guru.
Guru-guru diwajibkan menyedia sendiri soalan standard dengan permuafakatan di dalam kumpulan panitia. Soalan berbentuk fotastat atau palagiat daripada buku kerja/latihan tidak dibenarkan sama sekali. Panitia bertanggungjawab menguruskan ujian dan peperiksaan pada peringkat panitia masing-masing dengan menyediakan penyedia soalan serta JSU yang relevan.

GOTONG-ROYONG KECERIAAN KANTIN
Satu gotong-royong keceriaan kantin sekolah akan diadakan pada hari Sabtu, 20 Februari 2010, mulai jam 8.30 pagi. Semua guru dijemput hadir.

WAKTU KOKURIKULUM
Saya memohon maaf atas kesilapan waktu kokurikulum di dalam surat kepada ibu bapa tempoh hari. Waktu aktiviti kokurikulum yang sebenar ialah dari jam 3.00 - 6.00 petang setiap Rabu. Surat pembetulan kepada ibu bapa akan dikeluarkan pada minggu depan.

Tuesday, February 16, 2010

Mari KITA terus BERTAMBAH BAIK

Selamat kembali ke sekolah selepas cuti Tahun Baru Cina. Syabas dan tahniah kepada semua guru yang kembali bertugas dengan baik dan berkesan selepas berehat 5 hari. Merenung ke depan, hari-hari yang akan kita tempuh, masih terlalu banyak tugas dan tanggungjawab yang menunggu kita. Berasaskan Pelan Tindakan Strategik Sekolah 2010, sepatutnya kita sentiasa berada di landasan dan semakin bertambah baik khususnya dalam bidang-bidang tanggungjawab dan kepakaran kita. Kalau kita guru Bahasa Melayu, kita semakin mantap bukan saja menguasai ilmu pedagogi tetapi juga berjaya membina kreativiti dan inovasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Memang benar, P&P dan pendidikan hari ini begitu mencabar, namun demikian kita dibantu oleh banyak kemudahan dan teknologi terkini yang membolehkan kita menguasai dunia pendidikan secara lebih dinamik dan moden. Ambillah sedikit waktu untuk meneroka dan menghasilkan sesuatu yang baru, hasil kreativiti kita sendiri. Banggakan diri kita dengan penambahbaikan, inovasi dan keikhlasan sebagai pendidik sejati. Selamat maju jaya cikgu.

MESYUARAT KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHAP 2
Mesyuarat tersebut akan diadakan pada hari Ahad, 21 Februari 2010, 1.30 Petang, di Bilik Mesyuarat. Semua guru mengajar Tahun 4 dan 5 diwajibkan hadir.

MINIT MESYUARAT PANITIA DAN MESYUARAT LAIN
Masih banyak panitia mata pelajaran yang tidak menghantar (emel) minit mesyuarat kepada saya. Semua setiausaha mata pelajaran dikehendaki berbuat demikian dengan segera. Sila kemaskini juga fail panitia mengikut prosedur sepatutnya.

Monday, February 8, 2010

Headcount Mata Pelajaran

Tahniah dan syabas kepada JK Kecemerlangan Tahun 6 dan Panitia2 yang terlibat kerana telah menyiapkan Headcount Pencapaian dan Peningkatan Palajaran UPSR 2010. Kepada semua Panitia Mata Pelajaran dan semua guru mata pelajaran, diingatkan agar dapat menyiapkan Headcount semua murid dan dapat diguna pakai sebagai kayu ukur peningkatan dan pencapaian murid. Semua guru perlu menyediakan fail peribadi Headcount Mata pelajaran yang diajar.

MESYUARAT JK PEMBESTARIAN SEKOLAH
Mesyuarat tersebut di atas akan diadakan pada Rabu, 10 Februari 2010, jam 1.30 tengah hari di bilik mesyuarat. Semua JK terlibat diharap bersedia dan dapat menghadirkan diri.

EMEL MINIT MESYUARAT
Terima kasih dan Tahniah kepada Ustzah Sofinat kerana telah mengemelkan minit mesyuarat JK Pengurusan dan pentadbiran serta JK Kecemerlangan UPSR. Begitu juga kepada Pn. Hasni yang bagi panitia Muzik. Semoga urusan dan pentadbiran sekolah menjadi lebih baik dan cemerlang.

Sunday, February 7, 2010

Pembestarian Sekolah

Selepas diperkenalkan sekolah rintis Sekolah Bestari beberapa tahun yang lalu, hari ini semua sekolah telah dimasukkan di bawah Program Pembestarian Sekolah. Pembestarian sekolah bermaksud, semua sekolah diurus berorientasikan Sekolah Bestari dengan mengambil kira mengaktifkan penggunaan sumber pendidikan sebanyak mungkin. Sumber pendidikan bukan bererti hanya berasaskan ICT, tetapi semua sumber yang ada termasuk persekitaran sekolah yang mempunyai mekanisme bercirikan ilmu atau sumber pendidikan. Di mana-mana sahaja, murid dan warga sekolah boleh mengakseskan sumber ilmu secara langsung dan tidak langsung. Justeru, kita perlu berusaha mewujudkan bukan saja prasarana lengkap dan terbaik, tetapi juga sumber ilmu. Papan-papan kenyataan yang ada di mana sahaja perlu dilengkapkan dengan maklumat penting dan terkini. Bilik sumber dan kemudahan yang ada perlu dimaksimakan penggunaannya kepada semua murid dan warga sekolah. Saya ingin mengajak semua guru untuk bersama-sama saya membangunkan sekolah kita menjadi Sekolah Bestari terbaik di daerah ini. manfaatkanlah semua kemudahan dan sumber yang ada ke tahap terbaik, untuk diri, murid dan sekolah.

Saturday, February 6, 2010

Perjalanan dan Program Sekolah

Buku Perancangan Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah telah diterbitkan sebagai panduan perjalanan sekolah dan semua program. Justeru, semua guru wajib menjadikannya panduan dan sentiasa memberi perhatian kepada semua perkara terutama Takwim Sekolah. Guru-guru penyelaras/setiausaha Jawatankuasa kecil perlu mengambil tindakan awal terhadap keperluan mesyuarat dan aktiviti yang berkaitan dengannya.


Buku Laporan Guru Bertugas
Semua guru bertugas minggu ke 4, 5 dan 6, sila pastikan buku laporan itu dikemaskini dengan segera.

Gerak kerja kokurikulum & Pasukan Sekolah
Gerak kerja kokurikulum akan bermula pada 17 Februari 2010. Sila ambil tindakan awal bersama-sama PK Kokurikulum. Latihan pasukan sekolah ( Projek Gemilang 2012 ) perlu diadakan setiap hari Khamis.

Mesyuarat Hari Anugerah Cemerlang
Mesyuarat tersebut di atas akan diadakan pada Isnin, 8 Februari 2010. Semua guru diwajibkan hadir. Taklimat pengurusan sekolah hari Khamis, dibatalkan.

Terima kasih dan Tahniah
Terima kasih dan Tahniah kepada guru2 JK Kerja dan semua yang membantu perjalanan Majlis Iltizam Ibu Bapa dan sekolah UPSR 2010.

Wednesday, February 3, 2010

SKTI yang hebat


Hebatnya murid kita jika kita didik dan bimbing mereka. Hari ini, 3 Feb 2010, hampir semua murid Tahap 2 beruniform lengkap Pasukan Beruniform. Ia sesuatu yang bukan saja nampak cantik, tetapi juga akan membawa kepada terbinanya satu budaya dan iklim sekolah yang sihat. Sekolah yang hebat adalah sekolah yang terbina dengan satu budaya yang sangat positif. Budaya kerja seluruh warga guru, budaya belajar semua murid dan budaya disiplin yang sangat tinggi akan menjdikan iklim sekolah yang menjurus kepada kecemerlangan murid dan sekolah seluruhnya.

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009
Senarai JK Kerja Hari Anugerah Cemerlang telahpun di emel ke emel guru-guru. Sila semak dan muat turun untuk tindakan lanjut. Guru2 yang tidak menerima melalui emel, dapatkan salinan melalui rakan2.

MINIT MESYUARAT PANITIA
Terima kasih dan tahniah kepada Pn. Fauziah ( Panitia Agama Islam ) dan Pn. Ooi Kim Kee ( Panitia Bahasa Inggeris ) kerana telah emelkan minit menyuarat kepada saya. Kepada setiausaha panitia lain sila berbuat demikian dengan segera. Sila kemaskini juga fail panitia masing-masing.

KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH
Ditangguhkan ke bulan Jun. Oleh yang demikian, aktiviti Kokurikulum akan bermula pada hari Rabu, 17 Februari 2010. Sila semak urusan kokurikulum bersama PK Kokurikulum.

TAHNIAH
Tahniah diucapkan kepada Pn. Haslita dan Pn. Sharifah Shahrina kerana telah dilantik ke Gred DGA41.

Tuesday, February 2, 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2009

Guru-guru yang dihormati,
Oleh kerana kita tidak dapat menjalankan kejohanan padang dan balapan pada 24 Feb ini, pihak pentadbiran sekolah telah bercadang untuk mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 2009 pada tarikh yang sama, dan akan mengambil cuti peristiwa pada 25 Feb. Justeru, satu senarai JK Kerja akan dikeluarkan pada hari Khamis (4 Feb) untuk membolehkan kita membuat persiapan seterusnya. InsyaAllah.

Sila semak emel masing-masing pada 4 Feb, untuk memuat turun senarai JK Kerja.

Sekian, bersama menjayakan yang terbaik.