Tuesday, February 16, 2010

Mari KITA terus BERTAMBAH BAIK

Selamat kembali ke sekolah selepas cuti Tahun Baru Cina. Syabas dan tahniah kepada semua guru yang kembali bertugas dengan baik dan berkesan selepas berehat 5 hari. Merenung ke depan, hari-hari yang akan kita tempuh, masih terlalu banyak tugas dan tanggungjawab yang menunggu kita. Berasaskan Pelan Tindakan Strategik Sekolah 2010, sepatutnya kita sentiasa berada di landasan dan semakin bertambah baik khususnya dalam bidang-bidang tanggungjawab dan kepakaran kita. Kalau kita guru Bahasa Melayu, kita semakin mantap bukan saja menguasai ilmu pedagogi tetapi juga berjaya membina kreativiti dan inovasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Memang benar, P&P dan pendidikan hari ini begitu mencabar, namun demikian kita dibantu oleh banyak kemudahan dan teknologi terkini yang membolehkan kita menguasai dunia pendidikan secara lebih dinamik dan moden. Ambillah sedikit waktu untuk meneroka dan menghasilkan sesuatu yang baru, hasil kreativiti kita sendiri. Banggakan diri kita dengan penambahbaikan, inovasi dan keikhlasan sebagai pendidik sejati. Selamat maju jaya cikgu.

MESYUARAT KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHAP 2
Mesyuarat tersebut akan diadakan pada hari Ahad, 21 Februari 2010, 1.30 Petang, di Bilik Mesyuarat. Semua guru mengajar Tahun 4 dan 5 diwajibkan hadir.

MINIT MESYUARAT PANITIA DAN MESYUARAT LAIN
Masih banyak panitia mata pelajaran yang tidak menghantar (emel) minit mesyuarat kepada saya. Semua setiausaha mata pelajaran dikehendaki berbuat demikian dengan segera. Sila kemaskini juga fail panitia mengikut prosedur sepatutnya.