Thursday, September 22, 2011

Mesyuarat Pentaksiran KSSR Tahun 1

Semua guru mengajar Tahun 1 perlu menghadiri Mesyuarat tersebut di atas sebagaimana ketetapan berikut;

Tarikh: Ahad, 25 September 2011
Masa: 1.15 Tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat
Pengerusi: Pn. Sharifah Shahrina (PK1)

Perhatian dan tindakan guru-guru diucapkan ribuan terima kasih.

Guru Besar.

Wednesday, September 14, 2011

Keputusan Ujian Pengesanan 2

(Untuk tindakan Guru kelas)
Keputusan Ujian Pengesanan 2 hendaklah disampaikan kepada ibu bapa / penjaga melalui murid selewat-lewatnya hari Selasa, 20 September 2011. Pastikan semua slip keputusan ditanda tangan oleh Guru Besar / Penolong Kanan.

(Untuk tindakan Guru Mata pelajaran)
Semua keputusan ujian hendaklah dikemas kini dalam Headcount murid, disediakan analisa Keputusan Penuh dan diserahkan kepada SU Peperiksaan. Sila pastikan usaha penambahbaikan dalam P&P dibuat bagi meningkatkan pencapaian murid menjelang Peperiksaan Akhir Tahun
( Dijangka pada 16 Oktober 2011).

(Untuk tindakan SU Peperiksaan)
Sila sediakan analisa keseluruhan dan diserahkan sesalinan kepada PK Akademik dan Guru Besar selawat-lewatnya Khamis, 22 September 2011.

Monday, September 12, 2011

Pelepasan Ketidakhadiran kelas kepada Tahun 4 dan 5

Sempena UPSR 2011, kelas2 Tahun 4 dan 5 diberi pelepasan ketidakhadiran ke sekolah pada 13 - 15 September bagi memastikan UPSR berjalan lancar. Diingatkan kepada semua guru kelas Tahun 4 dan 5, sila pastikan semua murid dikira hadir pada hari2 tersebut mengikut kehadiran pada 12 September. Rekod kehadiran ini perlu dikemaskini pada hari Isnin, 19 September. Terima kasih.