Monday, November 7, 2011

Taklimat Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

Taklimat tersebut di atas akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh: Rabu, 9 November 2011
Masa: 1. 30 tengah hari
Tempat: Dewan Ilmu, PSS.

Semua guru, perlu hadir.

LADAP: KURSUS DALAMAN KSSR TAHUN 2

Kursus Dalaman KSSR Tahun 2 bagi mata pelajaran Matematik, PJ, PK dan Pendidikan Islam akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh: Sabtu, 12 November 2011
Masa: 1.30 tengah hari
Tempat: Dewan Ilmu PSS, Bilik Mesyuarat dan Bilik Akses.

Guru-guru berkenaan wajib hadir.

Saturday, October 29, 2011

MESYUARAT/TAKLIMAT PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Mesyuarat / Taklimat tersebut di atas akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut;

Hari: Isnin, 31 Oktober 2011
Masa: 1.30 tengah hari
Tempat: Dewan Ilmu, PSS.

Semua guru perlu hadir.

Terima kasih.

PROSES MEMUNGUT KEMBALI BUKU TEKS 2011 dan AGIHAN BUKU TEKS 2012.

1. Semua kelas Tahun 6 boleh mula dipungut mulai sekarang.
2. Semua kelas lain boleh mula dipungut mulai minggu hadapan, 9 dan 10 November 2011.
3. Proses agihan buku tahun 2012, boleh dibuat mulai, 13 November 2011.

Semua guru kelas, sila pastikan semua murid mengembalikan buku Teks 2011 mengikut prosedur yang ada. Sila berikan kerjasama sepenuhnya kepada Guru SPBT.

Wednesday, October 19, 2011

MESYUARAT JK PENILAIAN KENDIRI SKPM

Sukacita dimaklumkan mesyuarat tersebut di atas akan diadakan sebagaimana berikut;

Tarikh: Selasa, 25 Oktober 2011
Masa: 1.20 tengah hari
Tempat: Dewan Ilmu, PSS

Semua guru yang tersenarai perlu hadir. Surat panggilan mesyuarat dan senarai guru terlibat diedarkan pada hari Khamis, 20 Oktober 2011.

SESI PERSEKOLAHAN SELEPAS PEPERIKSAAN

Semua guru diingatkan, sesi persekolahan dan P&P selepas peperiksaan perlu berjalan seperti biasa. Pemantauan akan dibuat, dan tindakan akan diambil kepada mana-mana guru yang mengabaikan tanggungjawab dan P&P di kelas pada masa tersebut.

MEMUNGUT KEMBALI BUKU SPBT

Guru-guru kelas diingatkan agar tidak lagi memungut buku-buku SPBT. Sesi persekolahan masih berlangsung dan P&P harus berjalan seperti biasa. Sila tunggu arahan selanjutnya untuk mengambil tindakan sedemikian.

MESYUARAT JK DISIPLIN, BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAN SAHSIAH MURID

Mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut;

Tarikh: Ahad, 23 Oktober 2011
Masa: 1.20 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat

Semua JK terlibat perlu hadir.

Tuesday, October 11, 2011

MESYUARAT PANITIA

Semua Panitia perlu mengadakan mesyuarat Panitia yang terakhir sekarang. Sila patuhi takwim sekolah.

Agenda Mesyuarat:
1. Perutusan Penasihat
2. Perutusan Pengerusi
3. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lepas
4. Persediaan Peperiksaan akhir tahun
5. Laporan Tahunan Panitia
6. Hal-hal lain

Format Laporan Tahunan diemel kepada Ketua-ketua Panitia.

Terima kasih atas kerjasama dan tindakan.

Guru Besar

Wednesday, October 5, 2011

Mesyuarat JK Kuasa Kurikulum / Mesyuarat Guru 2/2011

Mesyuarat tersebut di atas akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut;

Tarikh: Ahad, 9 Oktober 2011
Masa: 1.30 - 4.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat

Semua AJK Kurikulum/Akademik dan semua guru wajib hadir. Sila semak surat penggilan mesyuarat melalui emel masing-masing.

Sekian, Terima kasih.

Guru Besar.

Thursday, September 22, 2011

Mesyuarat Pentaksiran KSSR Tahun 1

Semua guru mengajar Tahun 1 perlu menghadiri Mesyuarat tersebut di atas sebagaimana ketetapan berikut;

Tarikh: Ahad, 25 September 2011
Masa: 1.15 Tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat
Pengerusi: Pn. Sharifah Shahrina (PK1)

Perhatian dan tindakan guru-guru diucapkan ribuan terima kasih.

Guru Besar.

Wednesday, September 14, 2011

Keputusan Ujian Pengesanan 2

(Untuk tindakan Guru kelas)
Keputusan Ujian Pengesanan 2 hendaklah disampaikan kepada ibu bapa / penjaga melalui murid selewat-lewatnya hari Selasa, 20 September 2011. Pastikan semua slip keputusan ditanda tangan oleh Guru Besar / Penolong Kanan.

(Untuk tindakan Guru Mata pelajaran)
Semua keputusan ujian hendaklah dikemas kini dalam Headcount murid, disediakan analisa Keputusan Penuh dan diserahkan kepada SU Peperiksaan. Sila pastikan usaha penambahbaikan dalam P&P dibuat bagi meningkatkan pencapaian murid menjelang Peperiksaan Akhir Tahun
( Dijangka pada 16 Oktober 2011).

(Untuk tindakan SU Peperiksaan)
Sila sediakan analisa keseluruhan dan diserahkan sesalinan kepada PK Akademik dan Guru Besar selawat-lewatnya Khamis, 22 September 2011.

Monday, September 12, 2011

Pelepasan Ketidakhadiran kelas kepada Tahun 4 dan 5

Sempena UPSR 2011, kelas2 Tahun 4 dan 5 diberi pelepasan ketidakhadiran ke sekolah pada 13 - 15 September bagi memastikan UPSR berjalan lancar. Diingatkan kepada semua guru kelas Tahun 4 dan 5, sila pastikan semua murid dikira hadir pada hari2 tersebut mengikut kehadiran pada 12 September. Rekod kehadiran ini perlu dikemaskini pada hari Isnin, 19 September. Terima kasih.

Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan diri.

Tuesday, August 9, 2011

BUKU LATIHAN MURID

Ada ibu bapa komplain katanya cikgu bagi 10 soalan matematik membebankan anak mereka. Mcm2 ragam mereka. Apapun peringatan kepada kita semua, memberi tugasan kepada murid berlebihan bukanlah menjadi isu, tetapi jika kita tidak menyemak buku latihan murid secara tekal dan berkesan, ini yang sebenarnya menimbulkan banyak kesan kepada murid dan guru. Justeru, saya berharap cikgu-cikgu dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik.

PROGRAM SEMARAK QALBU RAMADHAN UPSR 2011
Program tersebut akan diadakan pada hari Selasa, 16 Ogos 2011 dari jam 3.30 ptg hingga 10 malam. Semua guru diharap dapat bersama-sama hadir menjayakan program ini dan berbuka puasa.

CUTI PERISTIWA SEMPENA NUZUL AL-QURAN
Sekolah bercadang akan mengambil cuti peristiwa sempena Nuzul Al-Quran pada hari Rabu, 17 Ogos 2011. Makluman perkara ini akan diberikan setelah menerima kelulusan dari PPD.

Monday, July 25, 2011

TAKLIMAT PENTADBIRAN 6/2011

Tarikh: Selasa, 2 Ogos 2011
Masa: 1.30 Petang
Tempat: Dewan Ilmu, PSS

Monday, July 18, 2011

Gotong-Royong PIBG

Gotong-Royong PIBG akan diadakan sebagaimana berikut;

Tarikh: Sabtu 22 Julai 2011
Masa: 9.00 pagi (8.30 - Pendaftaran / Sarapan pagi)

Semua guru hadirlah bersama-sama untuk bergotong-royong.

Terima kasih.


TERIMA KASIH DAN TAHNIAH

Saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua guru atas kerjasama dan bersikap profesional dalam semua urusan ketika saya disiasat sebagai pesalah berat di sekolah ini. Sesungguhnya saya sangat terharu dengan apa yang cikgu-cikgu tunjukkan. Semoga SKTI sentiasa dirahmati wpun mungkin saya tidak bersama lagi.

Sunday, June 26, 2011

MESYUARAT PANITIA

Berikut adalah tarikh2 mesyuarat untuk panduan semua guru.

Bil

Tarikh Mesyuarat

Panitia Mata Pelajaran

Tarikh Penyemakan Fail Panitia

1.

4 Julai 2011

Panitia Bahasa Malaysia , Bahasa Inggeris dan Panitia Pendidikan Islam

10 Julai 2011

2.

5 Julai 2011

Panitia Matematik dan Panitia Pendidikan Sivik Kewarganegaraan

11 Julai 2011

3.

7 Julai 2011

Panitia Sains dan Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan

12 Julai 2011

4.

10 Julai 2011

Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Kemahiran Hidup

13 Julai 2011

5.

11 Julai 2011

Panitia Muzik / Panitia Pendidikan Seni Visual / Panitia Moral

14 Julai 2011


Mesyuarat JK HEM

Tarikh: Ahad, 3 Julai 2011

Masa: 1.30 petang

Tempat: PSS


Semua AJK dijemput hadir.


Tuesday, June 14, 2011

LADAP

Latihan Dalam Perkhidmatan akan diadakan sebagaimana berikut;

Tarikh: Sabtu, 18 Jun 2011
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Ilmu, PSS
Tajuk: ICT dalam Pendidikan dan Pentadbiran Sekolah

Semua guru wajib hadir.

Terima kasih.
Guru Besar.

Sunday, June 12, 2011

TAKLIMAT PENTADBIRAN 5/2011

Taklimat tersebut di atas akan diadakan sebagaimana berikut;

SELASA: 14 JUN 2011
MASA: 1.20 TENGAH HARI
TEMPAT:DEWAN ILMU, PSS

SEMUA GURU WAJIB HADIR.

Terima kasih.
Guru Besar.

Sunday, May 22, 2011

Meyuarat Guru 2/2011

Mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana berikut;

Tarikh: Selasa, 24 Mei 2011
Masa: 1.30 petang
Tempat: Pusat Sumber Sekolah.

Semua guru perlu hadir.

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari GURU


Diucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru SKTI

Penghargaan anak-anak kecil

Saturday, May 14, 2011

Mesyuarat JK PIBG 1/2011/2012

Mesyuarat JK PIBG 1/2011/2012 yang tertangguh sejak 2 minggu lepas akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh: AHAD, 15 MEI 2011
Masa: 2.15 petang
Tempat: BILIK MESYUARAT

Semua JK PIBG diharap dapat hadir.

Terima kasih.

Wednesday, May 11, 2011

Kejohanan Balapan dan Padang sekolah

Kejohanan Padang dan Balapan sekolah dijadualkan berlangsung pada 28 Jun 2011. Sehubungan itu JK Majlis Sukan Sekolah perlu membuat persiapan awal dengan menyediakan kertas kerja pelan tindakan dan mengadakan mesyuarat pengurusan.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
Pelan tindakan:

Bil

Tarikh

Perkara

Tindakan

1.

5-11 Mei

Penggubalan Soalan

Guru MP

2.

12 Mei

Semakan soalan / Cetakan

PK1/KP/SU Pep

3.

19 Mei

Persiapan terakhir peperiksaan

PK1/SUP/Penyelaras Aliran

4.

22-26 Mei

Pelaksanaan Peperiksaan PT

PK1/SU/Semua Guru

5.

12 Jun

Serahan markah kpd G/Kelas

GMP/G Kelas

6.

13-14 Jun

Key in markah

G kelas/G Data

7.

15 Jun

Laporan Pencapaian

GMP/KP/PK1

8.

15-18 Jun

Menanda tangan slip keputusan

GK/PK/GB

9.

19 Jun

Majlis bersama ibu bapa

Semua guru


LDP
LDP yang dijadualkan pada hujung minggu ini, dibatalkan.