Tuesday, March 30, 2010

AJK PIBG

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua guru atas persediaan dan sumbangan bagi membolehkan Mesyuarat Agung PIBG ke 19 berlangsung dengan jayanya. Dalam mesyuarat tersebut terdapat perkara-perkara dibangkitkan yang perlu kita ambil tindakan bersama sebagai usaha penambahbaikan sekolah dan PIBG. Terima kasih dan tahniah juga saya ucapkan kepada guru-guru yang telah menjadi AJK PIBG bagi sesi 2009/2010 dan telah memberikan khidmat yang terbaik.
Berikut adalah AJK PIBG (guru) bagi sesi 2010/2011.
Setiausaha: Pn. Shrina bt. Razak
Bendahari: Pn. Cheah Huay Mey
AJK: En. Abdul Rahman Kadir Jelani
Pn. Fauziah bt. Ibrahim
Pn. Asmawati bt. Rezan
En. Azizan b. Ishak
Pemeriksa Kira-kira: Pn. Foziam bt. Hamid

Sila ambil tindakan segera ( setiausaha dan bendahari ) dengan proses serahan dan menerima tugas, bagi membuat persediaan Mesyuarat AJK kali Pertama pada 25 April 2010.

PENGURUSAN KURIKULUM
Menulis & Menghantar Buku Rekod/Ringkasan Mengajar
Mengikut rekod, masih terdapat guru-guru yang tidak menulis dengan baik dan menghantar Buku Rekod Mengajar untuk pemeriksaan secara berkala, setiap hujung minggu (khamis). Amalan negatif ini akan memberi impak yang negatif juga pada sesi P&P di kelas. Sila ambil tindakan penambahbaikan.

Semakan Buku Latihan Murid
Terima kasih dan syabas kepada guru-guru yang telah mengambil tindakan positif dengan menghantar buku latihan murid untuk disemak GB/PK mengikut jadual. Guru yang belum menghantar, sila berbuat demikian dengan SEGERA. Memo peringatan akan dikeluarkan untuk tindakan lanjut.

Dapatan / Keputusan Ujian Pengesanan 1
Sila kemaskini keputusan ujian mengikut Headcount untuk semakan PK /GB mulai minggu depan.

Tuesday, March 23, 2010

Persiapan Terakhir Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung PIBG akan berlangsung pada hari Ahad, 28 Mac 2010. Sehubungan itu saya sangat berharap semua guru telah memainkan peranan masing-masing mengikut JK Kerja bagi memastikan mesyuarat tersebut akan berlangsung dengan baik dan lancar. Saya sentiasa yakin, jika kita sentiasa bekerjasama sebagai sebuah pasukan kita akan berjaya dalam apa saja yang kita rancang dan lakukan. Terima kasih.

Sunday, March 21, 2010

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung PIBg kali ke 19, akan diadakan pada Hari Ahad, 28 Mac 2010, mulai jam 2 petang. Semua guru diharap dapat membuat persediaan mengikut JK Kerja masing-masing.

Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti kokurikulum akan bermula kembali pada hari Rabu, 31 Mac 2010. Semua guru diharap membuat persediaan dari aspek persediaan murid dan aktiviti.

Ujian Pengesanan 1
Semua guru dingatkan agar dapat menyegerakan pemeriksaan dan memasukkan markah ke dalam komputer mengikut template headcount masing-masing. Sila rujuk senarai semak peperiksaan yang telah dikeluarkan.

Thursday, March 18, 2010

Jemputan Makan Kenduri

Saya dengan hormatnya ingin menjemput semua guru dan staf sekolah untuk makan kenduri (kenduri kahwin adik ipar saya) di rumah ibu mertua saya di No. F565, Kg. Berapit, Tikam Batu ( Lorong mini tar ketiga, selepas SK Berapit. Sama lorong ke rumah PK1 Tn. Hj. Ishak ) pada hari Sabtu, 20 Mac 2010. Mai, jangan tak mai.

Monday, March 15, 2010

Takziah

Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan takziah kepada Pn. Faridah dan keluarga atas pemergian suami yang disayangi. Semoga Pn. Faridah dikurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian Allah ini. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan menguruskan segalanya.

Takziah juga kepada En. Suhaimi (Pengusaha Kantin) dan keluarga atas pemergian ke Rahmatullah ayahanda yang disayangi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Saturday, March 13, 2010

Tahniah dan terima kasih

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan staf sekolah atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan Kejohanan Padang dan Balapan Sekolah bagi tahun 2010. Kita telah menunjukkan bahawa kita boleh melakukan yang terbaik. Dalam kejohanan tersebut saya dapati banyak daripada pelajar kita yang mempunyai kebolehan dan berpotensi untuk digilap bakatnya menjadi ahli sukan khususnya dalam acara padang dan balapan. Bakat2 asas ini jika kita boleh berikan tunjuk ajar yang betul serta latihan yang berterusan secara bersungguh-sungguh, tidak mustahil, murid-murid sekolah kita akan mendominasi kejohanan peringkat daerah. Bayangkan jika kita benar-benar lakukan itu, dalam masa yang sama tiada sekolah yang berbuat demikian, maknanya kita mempunyai kelebihan. Kanak2 jika diberi tunjuk ajar dan latihan yang cukup mereka cepat belajar dan boleh menguasainya.

Untuk berbuat demikian, kita memerlukan kesungguhan, komitmen dan pengorbanan masa dan tenaga. Tetapi, itulah sebenarnya guru atau pendidik yang sentiasa mempunyai ruang dan peluang untuk memberikan apa saja yang positif kepada kanak2. Sukan membentuk insan yang sihat dan berdisiplin. Bukankah ini salah satu daripada matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita?

Tuesday, March 9, 2010

Seronoknya jika kita bekerjasama

Hari ini saya melihat acara sukaneka dan peringkat akhir acara padang dan sebahagian acara balapan memperlihatkan adanya kerjasama dan kesungguhan guru-guru untuk menjayakannya. Kepada guru-guru yang ternyata bersungguh-sungguh saya melihat mereka merasa seronok dengan suasana 'temasya' itu serta dapat menyelesaikan tugas yang dipertanggungjawabkan, wpun nampak keletihan. Mungkin kita kekurangan stemina atau kurang cergas. Meskipun begitu saya masih dapat melihat ada guru-guru yang masih mengamalkan sikap 'play safe'. Namun demikian, KITA tetap BERGERAK KE HADAPAN. Lazimnya, orang-orang yang LAMBAT akan KETINGGALAN. Oleh kerana kita adalah SATU KAPAL, biarlah kita sama-sama sampai ke DESTINASINYA. Syabas dan terima kasih. Harapan saya, hari kejohanan sebenar akan lebih baik dan meriah.

Monday, March 8, 2010

JK Mesyuarat Agung PIBG

Semua guru, Sila muat turun melalui emel masing-masing JK Kerja Mesyuarat Agung PIBG untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih.

Wednesday, March 3, 2010

Yakinlah kita boleh berubah

Saya memohon maaf kepada semua guru atas keterlanjuran bicara dan ketidaksempurnaan saya pada taklimat Kejohanan Padang dan Balapan semalam. Namun saya sangat ikhlas untuk melihat kita semua bergerak maju merubah keadaan dan membangunkan sekolah. Saya sangat yakin dan sentiasa optimis, kita semua boleh berubah dan lakukan yang terbaik. Semua kita ada kelemahannya, namun yang penting keinginan untuk berubah, berfikir, belajar dan melakukannya. Sebagai orang yang diberi amanah dan tanggungjawab memimpin ini, saya sedar saya juga banyak kelemahan, namun usaha harus diteruskan. Ambillah tindakan proaktif dan positif dalam apa jua yang kita rasakan kita ini BERTANGGUNGJAWAB sebagai GURU. Buanglah SIKAP yang mementingkan diri, lemah dan tidak mahu berfikir dan berubah. Kita adalah orang-orang yang sangat beruntung kerana dianugerahkan peluang ini untuk mendapatkan rezeki. Masih banyak orang lain yang terkial-kial menongkah arus kehidupan yang sangat mencabar ini. untuk mencari sesuap nasi untuk anak-anak mereka yang kita didik di sekolah ini Justeru, Didiklah anak-anak murid kita agar mereka juga menjadi orang-orang yang beruntung seperti kita.

Monday, March 1, 2010

Bersama-sama menjayakan semua aktiviti sekolah

Banyakprogram dan aktiviti sekolah telah dirancang sebagai strategi untuk mencapai matlamat pendidikan peringkat sekolah rendah berasaskan isu-isu yang ada dan mencapai visi sekolah. Justeru, semua guru dan warga sekolah wajib meletakkan komitmen yang tinggi kepada tugas yang diberikan serta memberi sokongan antara satu sama lain. Matlamat pendidikan sekolah sekolah rendah berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang meletakkan satu metlamat untuk melahirkan generasi negara mengikut JERI ( jssmani, emosi, rohani dan intelek) adalah merangkumi semua aspek di dalam dan di luar bilik darjah. Guru-guru seharusnya memain peranan yang seimbang dalam semua aspek ini mengikut bidang dan kepakaran masing-masing. Semua orang mempunyai tanggungjawab dan kebolehan yang berlainan dan boleh berperanan dengan baik jika komitmen yang tinggi dijadikan pengangan kepada amalan kerja kita. Kita tidak perlu menunding jari kepada sesiapa sebaliknya sentiasa memberi sokongan dan dorongan antara satu sama lain agar apa yang kita rancang dan laksanakan memberi impak yang besar kepada murid, diri kita, sekolah dan negara. Bulan Mac ini, wpun ada cuti pertengahan penggal, namun dianggap antara bulan paling sibuk dan mencabar minda dan fizikal kita. Jadi saya berharap kita semua mempunyai kekuatan dan kesungguhan untuk menjadikan semua program dilaksanakan dengan jayanya.

Kejohanan Padang dan Balapan Sekolah ( 11 Mac )
Semua guru wajib meletakkan komitmen yang tinggi untuk memastikan ianya bukan saja berjaya diadakan dengan meraih tetapi juga memberi impak kepada pembangunan sahsiah dan kemenjadian murid sebagai murid yang sihat, cergas dan cerdas. Sikap melakukan kerja sekadar memenuhi masa dan tugas perlu dielakkan. Latihan murid-murid perlu dibuat secara bersungguh-sungguh. Ambil tindakan kepada murid-murid yang tidak hadir untuk memastikan wujudnya sikap berdisiplin dalam diri murid. Berilah arahan2 yang jelas dan tepat kepada murid berkaitan jadual, prosedur latihan dan keselamatan. Sikap bertanggungjawab dan kesungguhan guru menjadi faktor penting menjayakan semua aktiviti sekolah. Melakukan kerja secara melepaskan batoh di tangga harus dielakkan dan tidak menjdi budaya kita di SKTI.

Ujian Pengesan 1 ( 22 - 24 Mac )
Satu senarai semak dan prosedur pelaksanaan Ujian Pengesanan 1 akan dikeluarkan untuk tindakan semua guru.

Mesyuarat Agung PIBG ( 28 Mac )
Senarai JK kerja akan dikeluarkan untuk tindakan semua guru.