Wednesday, March 3, 2010

Yakinlah kita boleh berubah

Saya memohon maaf kepada semua guru atas keterlanjuran bicara dan ketidaksempurnaan saya pada taklimat Kejohanan Padang dan Balapan semalam. Namun saya sangat ikhlas untuk melihat kita semua bergerak maju merubah keadaan dan membangunkan sekolah. Saya sangat yakin dan sentiasa optimis, kita semua boleh berubah dan lakukan yang terbaik. Semua kita ada kelemahannya, namun yang penting keinginan untuk berubah, berfikir, belajar dan melakukannya. Sebagai orang yang diberi amanah dan tanggungjawab memimpin ini, saya sedar saya juga banyak kelemahan, namun usaha harus diteruskan. Ambillah tindakan proaktif dan positif dalam apa jua yang kita rasakan kita ini BERTANGGUNGJAWAB sebagai GURU. Buanglah SIKAP yang mementingkan diri, lemah dan tidak mahu berfikir dan berubah. Kita adalah orang-orang yang sangat beruntung kerana dianugerahkan peluang ini untuk mendapatkan rezeki. Masih banyak orang lain yang terkial-kial menongkah arus kehidupan yang sangat mencabar ini. untuk mencari sesuap nasi untuk anak-anak mereka yang kita didik di sekolah ini Justeru, Didiklah anak-anak murid kita agar mereka juga menjadi orang-orang yang beruntung seperti kita.