Monday, March 1, 2010

Bersama-sama menjayakan semua aktiviti sekolah

Banyakprogram dan aktiviti sekolah telah dirancang sebagai strategi untuk mencapai matlamat pendidikan peringkat sekolah rendah berasaskan isu-isu yang ada dan mencapai visi sekolah. Justeru, semua guru dan warga sekolah wajib meletakkan komitmen yang tinggi kepada tugas yang diberikan serta memberi sokongan antara satu sama lain. Matlamat pendidikan sekolah sekolah rendah berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang meletakkan satu metlamat untuk melahirkan generasi negara mengikut JERI ( jssmani, emosi, rohani dan intelek) adalah merangkumi semua aspek di dalam dan di luar bilik darjah. Guru-guru seharusnya memain peranan yang seimbang dalam semua aspek ini mengikut bidang dan kepakaran masing-masing. Semua orang mempunyai tanggungjawab dan kebolehan yang berlainan dan boleh berperanan dengan baik jika komitmen yang tinggi dijadikan pengangan kepada amalan kerja kita. Kita tidak perlu menunding jari kepada sesiapa sebaliknya sentiasa memberi sokongan dan dorongan antara satu sama lain agar apa yang kita rancang dan laksanakan memberi impak yang besar kepada murid, diri kita, sekolah dan negara. Bulan Mac ini, wpun ada cuti pertengahan penggal, namun dianggap antara bulan paling sibuk dan mencabar minda dan fizikal kita. Jadi saya berharap kita semua mempunyai kekuatan dan kesungguhan untuk menjadikan semua program dilaksanakan dengan jayanya.

Kejohanan Padang dan Balapan Sekolah ( 11 Mac )
Semua guru wajib meletakkan komitmen yang tinggi untuk memastikan ianya bukan saja berjaya diadakan dengan meraih tetapi juga memberi impak kepada pembangunan sahsiah dan kemenjadian murid sebagai murid yang sihat, cergas dan cerdas. Sikap melakukan kerja sekadar memenuhi masa dan tugas perlu dielakkan. Latihan murid-murid perlu dibuat secara bersungguh-sungguh. Ambil tindakan kepada murid-murid yang tidak hadir untuk memastikan wujudnya sikap berdisiplin dalam diri murid. Berilah arahan2 yang jelas dan tepat kepada murid berkaitan jadual, prosedur latihan dan keselamatan. Sikap bertanggungjawab dan kesungguhan guru menjadi faktor penting menjayakan semua aktiviti sekolah. Melakukan kerja secara melepaskan batoh di tangga harus dielakkan dan tidak menjdi budaya kita di SKTI.

Ujian Pengesan 1 ( 22 - 24 Mac )
Satu senarai semak dan prosedur pelaksanaan Ujian Pengesanan 1 akan dikeluarkan untuk tindakan semua guru.

Mesyuarat Agung PIBG ( 28 Mac )
Senarai JK kerja akan dikeluarkan untuk tindakan semua guru.