Tuesday, March 30, 2010

AJK PIBG

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua guru atas persediaan dan sumbangan bagi membolehkan Mesyuarat Agung PIBG ke 19 berlangsung dengan jayanya. Dalam mesyuarat tersebut terdapat perkara-perkara dibangkitkan yang perlu kita ambil tindakan bersama sebagai usaha penambahbaikan sekolah dan PIBG. Terima kasih dan tahniah juga saya ucapkan kepada guru-guru yang telah menjadi AJK PIBG bagi sesi 2009/2010 dan telah memberikan khidmat yang terbaik.
Berikut adalah AJK PIBG (guru) bagi sesi 2010/2011.
Setiausaha: Pn. Shrina bt. Razak
Bendahari: Pn. Cheah Huay Mey
AJK: En. Abdul Rahman Kadir Jelani
Pn. Fauziah bt. Ibrahim
Pn. Asmawati bt. Rezan
En. Azizan b. Ishak
Pemeriksa Kira-kira: Pn. Foziam bt. Hamid

Sila ambil tindakan segera ( setiausaha dan bendahari ) dengan proses serahan dan menerima tugas, bagi membuat persediaan Mesyuarat AJK kali Pertama pada 25 April 2010.

PENGURUSAN KURIKULUM
Menulis & Menghantar Buku Rekod/Ringkasan Mengajar
Mengikut rekod, masih terdapat guru-guru yang tidak menulis dengan baik dan menghantar Buku Rekod Mengajar untuk pemeriksaan secara berkala, setiap hujung minggu (khamis). Amalan negatif ini akan memberi impak yang negatif juga pada sesi P&P di kelas. Sila ambil tindakan penambahbaikan.

Semakan Buku Latihan Murid
Terima kasih dan syabas kepada guru-guru yang telah mengambil tindakan positif dengan menghantar buku latihan murid untuk disemak GB/PK mengikut jadual. Guru yang belum menghantar, sila berbuat demikian dengan SEGERA. Memo peringatan akan dikeluarkan untuk tindakan lanjut.

Dapatan / Keputusan Ujian Pengesanan 1
Sila kemaskini keputusan ujian mengikut Headcount untuk semakan PK /GB mulai minggu depan.