Saturday, February 26, 2011

Tahniah pasukan Senamrobik

Tahniah kepada pasukan Senamrobik atas persembahan yang sangat baik sempena Majlis Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang, di SMK Tunku Ismail, petang kelmarin. Sesuatu yang memukau semua hadirin termasuk Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Tn. Hj. Abdullah b. Saad dan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda Yan, Tn. Hj. Abdul Ghani b. Haron. Saya sangat merasa bangga kerana kita telah memecah monopoli yang selama ini dipegang oleh SK Convent. Ini menunjukkan SKTI boleh berjaya dalam apa juga bidang jika usaha yang bersungguh-sungguh serta kreativiti yang tinggi guru-guru dijadikan adunan untuk mengejar kecemerlangan. Tahniah dan syabas juga kepada sebilangan pelajar kita yang turut menyumbang pingat untuk PKG Sungai Petani hasil usaha guru-guru yang memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Semoga semangat ini akan sentiasa membara dalam apa jua yang kita lakukan untuk mencapai visi dan misi sekolah. Saya sentiasa yakin, kita boleh.

JK Kerja Penyelenggaraan dan Keceriaan Bilik Mesyuarat

Bahagian pentadbiran sekolah telah bersetuju melantik guru-guru berikut memikul tanggungjawab sebagai AJK Kerja Penyelenggaraan dan Keceriaan Bilik Mesyuarat.

Setiausaha/Penyelaras: Pn. Norhaniza bt. Din
AJK: Pn. Foziam bt. Hamid
Pn. Faridah bt. Ani
Pn. Rodziah bt. Taib.

Guru-guru lain juga diharap dapat membantu bagi memulihkan bilik mesyuarat kita.




Wednesday, February 23, 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan

Untuk tindakan SEGERA. Semua Panitia sila uruskan sekurang-kurangnya SATU LDP bagi Panitia masing-masing. Sila gunakan hari Sabtu, minggu 1 dan ke 3 untuk LDP. Sila berbincang dan membuat tempahan tarikh dengan Pn. Shrina, SU LDP.

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSK(D) 2011
Majlis tersebut di atas akan berlangsung pada hari Sabtu, 26 Februari 2011 di SMK Tunku Ismail. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada 100 orang murid serta guru-guru, Pn. Hong, En. Zahir, Pn. Fatimah dan Pn. Cheah atas kerja keras membuat latihan. Semoga penglibatan kita ini menjadi kebanggaan kita bersama.

Sunday, February 20, 2011

Tahniah dan Selamat Datang

Tahniah diucapkan kepada Pn. Sharifah Shahrina atas lantikan daripada PK HEM ke jawatan PK1. Selamat datang kepada Pn. Rosnah bt. Kassim sebagai PK HEM dan En. Marzuki b. Bramsa sebagai PK Kokurikulum SK Tunku Ismail. Selamat datang dan selamat menjalani latihan mengajar juga kepada; Ustaz Ahmad Zakir, Ustazah Nur Shahfatihah dari Institut Perguruan Sultan Abdul Halim dan Ustazah Nor Fathilah dari Institut Perguruan Tuanku Bainun. Semoga dengan kehadiran mereka akan memberikan impak yang lebih baik kepada SKTI.

Taklimat Pentadbiran dan Mesyuarat JK Majlis Anugerah Cemerlang 2010

Taklimat dan mesyuarat tersbut di atas akan diadakan sebagaimana berikut;

Selasa: 22 Februari 2011
Masa: 1.30 petang
Tempat: Dewan Ilmu, PSS.
Semua guru wajib hadir.

Tuesday, February 15, 2011

Sentiasa bermotivasi dan seronok bekerja

Dalam hidup untuk sentiasa bermotivasi dan seronok bekerja bukanlah sesuatu yang mudah dicapai. Namun tidaklah juga sukar bagi sesetengah orang. Ianya bergantung kepada sikap dan kebiasaan seseorang. Motivasi selalunya diukur dengan ganjaran yang diperolehi. Dalam bidang konvensional, persaingan yang kompetatif untuk mendapatkan keuntungan dan pendapatan yang banyak akan memotivasikan seseorang untuk melakukan sesuatu kerja wpun sukar. Berbeza dengan sektor awam, dengan hanya memastikan kehadiran, gaji diperolehi tanpa apa-apa potongan. Justeru untuk memotivasi diri dan menimbulkan keseronokan bekerja, sebagai guru kita perlu sentiasa berkreativiti dengan pelbagai idea bukan saja untuk mengajar kanak-kanak tetapi juga untuk 'menghidupkan' sekolah sebagai pusat pendidikan yang dinamik. Guru-guru tidak perlu menunggu arahan daripada barisan pentadbir sekolah, sebaliknya sentiasa berada di hadapan dalam semua perancangan yang telah diatur. Mendidik bukanlah satu tugas yang boleh diukur dengan had waktu dan bayaran wang ringgit, tetapi keikhlasan dan kesungguhan menyampaikan ilmu dan membina jiwa kanak-kanak.

Kem Motivasi UPSR 2011

Tarikh: 18-19 Februari 2011 (Jumaat - Sabtu)
Tempat: Kem D'Omland, Kg. Bukit Kechil.

Semua guru diharap dapat memberikan yang terbaik untuk mencapai objektif program.

Mesyuarat JK Majlis Anugerah Cemerlang

Mesyuarat tersebut di atas ditunda ke tarikh berikut;

Tarikh: Selasa, 22 Februari 2011
Masa: 1.30 tengah hari
Tempat: Dewan Ilmu PSS.
Agenda: 1. JK Kerja
2. Pelan Tindakan
3. Hal-hal lain.




Monday, February 7, 2011

Sentiasa di hadapan

Sikap kebayakan kita sentiasa mengambil tempat di belakang. Belakang mempunyai pengertaian yang sangat luas. Tetapi di dalam sesuatu majlis, belakang bererti, barisan paling akhir. Kebiasaan ini sudah menjadi lumrah kehidupan sebagaimana yang ditunjukkan dalam lengkok normal statistik. Ini bermakna hanya sebahagian kecil di antara kita yang sanggup dan membiasakan diri keluar daripada kebiasaan.

PERHIMPUNAN RASMI/PAGI
Semua guru diingatkan segera berada (mengambil tempat duduk di kerusi) di tapak perhimpunan (perhimpunan rasmi) sebelum perhimpunan dimulakan (7.25 pagi). Elakkan daripada Guru Besar mendahului guru-guru. Tabiat ini akan memberi satu gambaran negatif kepada murid-murid bahawa kita lambat, tidak bersemangat dan lesu untuk memulakan minggu baru persekolahan.

Begitu juga ketika perhimpunan pagi, sepatutnya ada 19 orang guru setiap pagi berdiri bersama-sama murid di kelas masing-masing (mengikut mata pelajaran pertama) mendengar pengumuman guru bertugas. Jika ini benar-benar berlaku, banyak perkara kita boleh selesaikan, disiplin murid, pergerakan murid, impak perhimpunan kepada murid dan membina satu budaya sekolah yang sangat baik.

MESYUARAT PENGURUSAN AKADEMIK TAHUN 4 DAN 5
Mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana berikut;
Tarikh: Ahad, 13 Februari 2011
Masa: 1.30 tengah hari
Tempat: Dewan Ilmu, PSS.
Kehadiran: Semua guru mengajar Tahun 4 dan 5