Monday, March 28, 2011

TAKLIMAT SPPK & HEADCOUNT

Taklimat SPPK dan Headcount akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut;

Tarikh: AHAD, 3 APRIL 2011
Masa: 1.30 petang
Tempat: Dewan Ilmu, PSS.

Semua guru wajib hadir.

Terima kasih.

Guur Besar.

LAPORAN PENCAPAIAN MURID UJIAN PENGESANAN AKADEMIK 1/2011

Semua guru mata pelajaran diharap dapat menyiapkan Laporan Pencapaian Murid (mengikut Headcount) dan diserahkan kepada Penolong Kanan Akademik pada hari Ahad, 3 April 2011.

Guru kelas diharap dapat menyiapkan laporan penuh Pencapaian Akademik Murid untuk diserahkan kepada ibu bapa melalui murid selewat-lewatnya hari Khamis, 7 April 2011.

PENILAIAN BUKU CACATAN PERHIMPUNAN MURID

Semua guru kelas diharap dapat menilai dan menyerahkan kepada Guru Besar 3 buah buku cacatan terbaik mengikut kelas masing-masing selewat-lewatnya hari Khamis 31 Mac 2011 untuk dinilai dan diberi hadiah penghargaan kepada murid.

Monday, March 21, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 20

Masyuarat Agung PIBG kali ke 20 akan berlangsung pada hari Ahad, 27 Mac 2011, jam 2.00 petang. Semua guru terlibat sebagai ahli dan AJK Kerja perlu memberi perhatian wajib hadir dan menjalankan tugas masing-masing. satu Taklimat Khas kepada semua guru akan diadakan pada hari Selasa, 22 Mac 2011, jam 1.20 tengah hari di PSS. Harap maklum dan semua guru termasuk guru pelatih wajib hadir.

UJIAN PENGESANAN AKADEMIK 1/2011
Ujian tersebut diadakan pada 21 - 24 Mac 2011. Semua guru perlu memberi perhatian yang serius dalam pengurusan ujian termasuk membuat analisa dan analisis Head Count sebagai post mortem untuk mengambil tindakan penambahbaikan selapas ujian.

MAJLIS TADARUS AL-QURAN
Majlis tersebut akan diadakan di SK Bakar Arang pada hari Sabtu, 26 Mac 2011. Semua guru yang terlibat melatih murid dan membawa murid ke majlis tersebut diharap telah dan akan memberikan perkhidmatan terbaik. Pastikan ada penambahbaikan daripada penyertaan tahun lepas. Sila urus semua membawa murid mengikut prosedur yang ada, segera.

Wednesday, March 2, 2011

Majlis Anugerah Cemerlang 2011

Ahad, 6 Mac 2011, Majlis Anugerah Cemerlang sekolah akan berlangsung untuk memberi pengiktirafan, penghargaan dan hadiah kepada semua murid dan guru atas kecemerlangan semua dalam bidang pendidikan. Tahniah dan syabas kepada semua guru dan pelajar bukan saja berusaha membuat persiapan tetapi juga menunjukkan banyak peningkatan dan penambahbaikan semua aspek. Walaupun majlis ini akan diadakan secara sederhana, tetapi pengisiannya adalah lambang dan bukti kecemerlangan guru dan murid. Justeru, teruslah berusaha kerana tiada jalan mudah untuk mencipta kecemerlangan dan kejayaan.

Sederap ke hadapan
Bersama-sama melangkah seiring dan sederap bukanlah mudah. Semuanya memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak. Namun semuanya tidak mustahil, jika keinginan dan kesungguhan yang tinggi sentiasa menjadi teras perkhidmatan kita. Hari ini, sekolah kita sudah sudah tidak ada lompang dengan kehadiran PK HEM, Pn. Rosnah dan PKKO En. Marzuki serta peralihan tugas Pn. Sharifah sebagai PK1, saya sangat yakin kita akan menjadi semakin mantap dan mampu mencapai semua matlamat yang kita sasarkan. Namun, ia tidak semudah itu, jika itu semua hanya di atas kertas tanpa dizahir dengan bukti. Justeru, ironinya, jika semua kita faham, meningkatkan keupayaan dan melakukan secara bersungguh-sungguh, mengikut bidang tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, saya optimis, dalam tempoh yang singkat kita akan dapat memperbaiki dan meningkatkan pencapaian semua aspek pendidikan di sekolah kita ini.