Monday, March 21, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 20

Masyuarat Agung PIBG kali ke 20 akan berlangsung pada hari Ahad, 27 Mac 2011, jam 2.00 petang. Semua guru terlibat sebagai ahli dan AJK Kerja perlu memberi perhatian wajib hadir dan menjalankan tugas masing-masing. satu Taklimat Khas kepada semua guru akan diadakan pada hari Selasa, 22 Mac 2011, jam 1.20 tengah hari di PSS. Harap maklum dan semua guru termasuk guru pelatih wajib hadir.

UJIAN PENGESANAN AKADEMIK 1/2011
Ujian tersebut diadakan pada 21 - 24 Mac 2011. Semua guru perlu memberi perhatian yang serius dalam pengurusan ujian termasuk membuat analisa dan analisis Head Count sebagai post mortem untuk mengambil tindakan penambahbaikan selapas ujian.

MAJLIS TADARUS AL-QURAN
Majlis tersebut akan diadakan di SK Bakar Arang pada hari Sabtu, 26 Mac 2011. Semua guru yang terlibat melatih murid dan membawa murid ke majlis tersebut diharap telah dan akan memberikan perkhidmatan terbaik. Pastikan ada penambahbaikan daripada penyertaan tahun lepas. Sila urus semua membawa murid mengikut prosedur yang ada, segera.