Sunday, May 22, 2011

Meyuarat Guru 2/2011

Mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana berikut;

Tarikh: Selasa, 24 Mei 2011
Masa: 1.30 petang
Tempat: Pusat Sumber Sekolah.

Semua guru perlu hadir.

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari GURU


Diucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru SKTI

Penghargaan anak-anak kecil

Saturday, May 14, 2011

Mesyuarat JK PIBG 1/2011/2012

Mesyuarat JK PIBG 1/2011/2012 yang tertangguh sejak 2 minggu lepas akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh: AHAD, 15 MEI 2011
Masa: 2.15 petang
Tempat: BILIK MESYUARAT

Semua JK PIBG diharap dapat hadir.

Terima kasih.

Wednesday, May 11, 2011

Kejohanan Balapan dan Padang sekolah

Kejohanan Padang dan Balapan sekolah dijadualkan berlangsung pada 28 Jun 2011. Sehubungan itu JK Majlis Sukan Sekolah perlu membuat persiapan awal dengan menyediakan kertas kerja pelan tindakan dan mengadakan mesyuarat pengurusan.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
Pelan tindakan:

Bil

Tarikh

Perkara

Tindakan

1.

5-11 Mei

Penggubalan Soalan

Guru MP

2.

12 Mei

Semakan soalan / Cetakan

PK1/KP/SU Pep

3.

19 Mei

Persiapan terakhir peperiksaan

PK1/SUP/Penyelaras Aliran

4.

22-26 Mei

Pelaksanaan Peperiksaan PT

PK1/SU/Semua Guru

5.

12 Jun

Serahan markah kpd G/Kelas

GMP/G Kelas

6.

13-14 Jun

Key in markah

G kelas/G Data

7.

15 Jun

Laporan Pencapaian

GMP/KP/PK1

8.

15-18 Jun

Menanda tangan slip keputusan

GK/PK/GB

9.

19 Jun

Majlis bersama ibu bapa

Semua guru


LDP
LDP yang dijadualkan pada hujung minggu ini, dibatalkan.

Sunday, May 8, 2011

MENJANA KECEMERLANGAN MURID

Perkembangan dan pencapaian kanak-kanak bergantung kepada didikan dan bimbingan orang dewasa serta pengaruh persekitaran. Di sekolah, impak guru terhadap murid sangat besar kerana pendidikan diberikan secara formal daripada guru kepada kanak-kanak yang sedang membesar dan cepat berubah dengan latihan dan bimbingan. Justeru peranan guru di sekolah perlu berada pada satu tahap dan standard yang tinggi mengikut sasaran yang hendak dicapai bukan sekadar hadir dan berada bersama-sama murid mengikut jadual dan tempoh waktu yang ditetapkan tetapi sentiasa memberikan 'sentuhan' didikan yang bermakna. Peranan pendidik menuntut pengorbanan, kesungguhan dan keikhlasan lebih-lebih lagi dalam dunia cyber yang sangat mencabar ini. Pengorbanan bermakna melebihi daripada seadanya kita. Dan pengorbanan itulah yang dianggap luar biasa, out standing yang boleh menjana kecemerlangan. Kecemerlangan adalah menghasilkan keluarbiasaan yang memberi impak yang besar kepada kanak-kanak, sekolah dan diri sendiri. Menunding jari, bahawa kanak-kanak ini, kanak-kanak itu tidak boleh, hanya alasan menutup kelemahan diri. Justeru marilah kita sama-sama menjana kecemerlangan murid dengan bersungguh-sungguh sekuatnya kita, sehebatnya kita dan cemerlangnya kita.

LADAP
Latihan Dalam Perkhidmatan akan diadakan sebagaimana berikut;

Tarikh: Sabtu, 14 Mei 2011
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Pusat Sumber Sekolah.
Tajuk: ICT dalam pengurusan Pendidikan.

Semua guru wajib hadir. Sila bawa notebook dan kabel sambungan.
Terima kasih.

MARKAH PRESTASI 2010

Sebahagian besar guru telah diemel surat makluman rasmi markah prestasi 2010 ke emel masing-masing. Sila pastikan guru-guru mengaktifkan emel masing-masing untuk urusan pengurusan dan pentadbiran sekolah dibawah program ePentadbiran sekolah kita. Semua guru digalakkan membuka akaun emel dan mengaktifkan untuk urusan sekolah.

Tuesday, May 3, 2011

LADAP

LADAP yang dijadualkan pada hari Sabtu, 7 Mei, ditunda ke satu tarikh baru yang akan dimaklumkan nanti.

SURAT RASMI MAKLUMAN MARKAH PRESTASI 2010
Sebahagian guru dan staf telahpun diemel ke emel masing-masing. Guru-guru dan staf lain sedang diuruskan. Sila pastikan emel guru-guru dikemaskini dan diemel kepada guru besar.