Sunday, May 8, 2011

MENJANA KECEMERLANGAN MURID

Perkembangan dan pencapaian kanak-kanak bergantung kepada didikan dan bimbingan orang dewasa serta pengaruh persekitaran. Di sekolah, impak guru terhadap murid sangat besar kerana pendidikan diberikan secara formal daripada guru kepada kanak-kanak yang sedang membesar dan cepat berubah dengan latihan dan bimbingan. Justeru peranan guru di sekolah perlu berada pada satu tahap dan standard yang tinggi mengikut sasaran yang hendak dicapai bukan sekadar hadir dan berada bersama-sama murid mengikut jadual dan tempoh waktu yang ditetapkan tetapi sentiasa memberikan 'sentuhan' didikan yang bermakna. Peranan pendidik menuntut pengorbanan, kesungguhan dan keikhlasan lebih-lebih lagi dalam dunia cyber yang sangat mencabar ini. Pengorbanan bermakna melebihi daripada seadanya kita. Dan pengorbanan itulah yang dianggap luar biasa, out standing yang boleh menjana kecemerlangan. Kecemerlangan adalah menghasilkan keluarbiasaan yang memberi impak yang besar kepada kanak-kanak, sekolah dan diri sendiri. Menunding jari, bahawa kanak-kanak ini, kanak-kanak itu tidak boleh, hanya alasan menutup kelemahan diri. Justeru marilah kita sama-sama menjana kecemerlangan murid dengan bersungguh-sungguh sekuatnya kita, sehebatnya kita dan cemerlangnya kita.

LADAP
Latihan Dalam Perkhidmatan akan diadakan sebagaimana berikut;

Tarikh: Sabtu, 14 Mei 2011
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Pusat Sumber Sekolah.
Tajuk: ICT dalam pengurusan Pendidikan.

Semua guru wajib hadir. Sila bawa notebook dan kabel sambungan.
Terima kasih.

MARKAH PRESTASI 2010

Sebahagian besar guru telah diemel surat makluman rasmi markah prestasi 2010 ke emel masing-masing. Sila pastikan guru-guru mengaktifkan emel masing-masing untuk urusan pengurusan dan pentadbiran sekolah dibawah program ePentadbiran sekolah kita. Semua guru digalakkan membuka akaun emel dan mengaktifkan untuk urusan sekolah.