Wednesday, March 2, 2011

Majlis Anugerah Cemerlang 2011

Ahad, 6 Mac 2011, Majlis Anugerah Cemerlang sekolah akan berlangsung untuk memberi pengiktirafan, penghargaan dan hadiah kepada semua murid dan guru atas kecemerlangan semua dalam bidang pendidikan. Tahniah dan syabas kepada semua guru dan pelajar bukan saja berusaha membuat persiapan tetapi juga menunjukkan banyak peningkatan dan penambahbaikan semua aspek. Walaupun majlis ini akan diadakan secara sederhana, tetapi pengisiannya adalah lambang dan bukti kecemerlangan guru dan murid. Justeru, teruslah berusaha kerana tiada jalan mudah untuk mencipta kecemerlangan dan kejayaan.

Sederap ke hadapan
Bersama-sama melangkah seiring dan sederap bukanlah mudah. Semuanya memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak. Namun semuanya tidak mustahil, jika keinginan dan kesungguhan yang tinggi sentiasa menjadi teras perkhidmatan kita. Hari ini, sekolah kita sudah sudah tidak ada lompang dengan kehadiran PK HEM, Pn. Rosnah dan PKKO En. Marzuki serta peralihan tugas Pn. Sharifah sebagai PK1, saya sangat yakin kita akan menjadi semakin mantap dan mampu mencapai semua matlamat yang kita sasarkan. Namun, ia tidak semudah itu, jika itu semua hanya di atas kertas tanpa dizahir dengan bukti. Justeru, ironinya, jika semua kita faham, meningkatkan keupayaan dan melakukan secara bersungguh-sungguh, mengikut bidang tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, saya optimis, dalam tempoh yang singkat kita akan dapat memperbaiki dan meningkatkan pencapaian semua aspek pendidikan di sekolah kita ini.