Saturday, February 26, 2011

Tahniah pasukan Senamrobik

Tahniah kepada pasukan Senamrobik atas persembahan yang sangat baik sempena Majlis Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang, di SMK Tunku Ismail, petang kelmarin. Sesuatu yang memukau semua hadirin termasuk Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Tn. Hj. Abdullah b. Saad dan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda Yan, Tn. Hj. Abdul Ghani b. Haron. Saya sangat merasa bangga kerana kita telah memecah monopoli yang selama ini dipegang oleh SK Convent. Ini menunjukkan SKTI boleh berjaya dalam apa juga bidang jika usaha yang bersungguh-sungguh serta kreativiti yang tinggi guru-guru dijadikan adunan untuk mengejar kecemerlangan. Tahniah dan syabas juga kepada sebilangan pelajar kita yang turut menyumbang pingat untuk PKG Sungai Petani hasil usaha guru-guru yang memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Semoga semangat ini akan sentiasa membara dalam apa jua yang kita lakukan untuk mencapai visi dan misi sekolah. Saya sentiasa yakin, kita boleh.

JK Kerja Penyelenggaraan dan Keceriaan Bilik Mesyuarat

Bahagian pentadbiran sekolah telah bersetuju melantik guru-guru berikut memikul tanggungjawab sebagai AJK Kerja Penyelenggaraan dan Keceriaan Bilik Mesyuarat.

Setiausaha/Penyelaras: Pn. Norhaniza bt. Din
AJK: Pn. Foziam bt. Hamid
Pn. Faridah bt. Ani
Pn. Rodziah bt. Taib.

Guru-guru lain juga diharap dapat membantu bagi memulihkan bilik mesyuarat kita.