Tuesday, February 15, 2011

Sentiasa bermotivasi dan seronok bekerja

Dalam hidup untuk sentiasa bermotivasi dan seronok bekerja bukanlah sesuatu yang mudah dicapai. Namun tidaklah juga sukar bagi sesetengah orang. Ianya bergantung kepada sikap dan kebiasaan seseorang. Motivasi selalunya diukur dengan ganjaran yang diperolehi. Dalam bidang konvensional, persaingan yang kompetatif untuk mendapatkan keuntungan dan pendapatan yang banyak akan memotivasikan seseorang untuk melakukan sesuatu kerja wpun sukar. Berbeza dengan sektor awam, dengan hanya memastikan kehadiran, gaji diperolehi tanpa apa-apa potongan. Justeru untuk memotivasi diri dan menimbulkan keseronokan bekerja, sebagai guru kita perlu sentiasa berkreativiti dengan pelbagai idea bukan saja untuk mengajar kanak-kanak tetapi juga untuk 'menghidupkan' sekolah sebagai pusat pendidikan yang dinamik. Guru-guru tidak perlu menunggu arahan daripada barisan pentadbir sekolah, sebaliknya sentiasa berada di hadapan dalam semua perancangan yang telah diatur. Mendidik bukanlah satu tugas yang boleh diukur dengan had waktu dan bayaran wang ringgit, tetapi keikhlasan dan kesungguhan menyampaikan ilmu dan membina jiwa kanak-kanak.

Kem Motivasi UPSR 2011

Tarikh: 18-19 Februari 2011 (Jumaat - Sabtu)
Tempat: Kem D'Omland, Kg. Bukit Kechil.

Semua guru diharap dapat memberikan yang terbaik untuk mencapai objektif program.

Mesyuarat JK Majlis Anugerah Cemerlang

Mesyuarat tersebut di atas ditunda ke tarikh berikut;

Tarikh: Selasa, 22 Februari 2011
Masa: 1.30 tengah hari
Tempat: Dewan Ilmu PSS.
Agenda: 1. JK Kerja
2. Pelan Tindakan
3. Hal-hal lain.