Sukacita dimaklumkan mesyuarat tersebut di atas akan diadakan sebagaimana berikut;
Tarikh: Selasa, 25 Oktober 2011
Masa: 1.20 tengah hari
Tempat: Dewan Ilmu, PSS
Semua guru yang tersenarai perlu hadir. Surat panggilan mesyuarat dan senarai guru terlibat diedarkan pada hari Khamis, 20 Oktober 2011.
SESI PERSEKOLAHAN SELEPAS PEPERIKSAAN
Semua guru diingatkan, sesi persekolahan dan P&P selepas peperiksaan perlu berjalan seperti biasa. Pemantauan akan dibuat, dan tindakan akan diambil kepada mana-mana guru yang mengabaikan tanggungjawab dan P&P di kelas pada masa tersebut.
MEMUNGUT KEMBALI BUKU SPBT
Guru-guru kelas diingatkan agar tidak lagi memungut buku-buku SPBT. Sesi persekolahan masih berlangsung dan P&P harus berjalan seperti biasa. Sila tunggu arahan selanjutnya untuk mengambil tindakan sedemikian.
MESYUARAT JK DISIPLIN, BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAN SAHSIAH MURID
Mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut;
Tarikh: Ahad, 23 Oktober 2011
Masa: 1.20 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat
Semua JK terlibat perlu hadir.