Sunday, February 7, 2010

Pembestarian Sekolah

Selepas diperkenalkan sekolah rintis Sekolah Bestari beberapa tahun yang lalu, hari ini semua sekolah telah dimasukkan di bawah Program Pembestarian Sekolah. Pembestarian sekolah bermaksud, semua sekolah diurus berorientasikan Sekolah Bestari dengan mengambil kira mengaktifkan penggunaan sumber pendidikan sebanyak mungkin. Sumber pendidikan bukan bererti hanya berasaskan ICT, tetapi semua sumber yang ada termasuk persekitaran sekolah yang mempunyai mekanisme bercirikan ilmu atau sumber pendidikan. Di mana-mana sahaja, murid dan warga sekolah boleh mengakseskan sumber ilmu secara langsung dan tidak langsung. Justeru, kita perlu berusaha mewujudkan bukan saja prasarana lengkap dan terbaik, tetapi juga sumber ilmu. Papan-papan kenyataan yang ada di mana sahaja perlu dilengkapkan dengan maklumat penting dan terkini. Bilik sumber dan kemudahan yang ada perlu dimaksimakan penggunaannya kepada semua murid dan warga sekolah. Saya ingin mengajak semua guru untuk bersama-sama saya membangunkan sekolah kita menjadi Sekolah Bestari terbaik di daerah ini. manfaatkanlah semua kemudahan dan sumber yang ada ke tahap terbaik, untuk diri, murid dan sekolah.