Tuesday, January 18, 2011

Menjana kecemerlangan sekolah

Syukur Alhamdulillah saya melihat satu perkembangan positif sedang berlaku di SKTI pada awal sesi persekolahan 2011. Keinginan dan komitmen mengambil tanggungjawab terhadap tugas dalam kalangan guru sangat membangga dan menyentuh perasaan saya. Bekerja bukan kerana gaji tetapi kerana tanggungjawab dan amanah bukan senang diamalkan oleh sesetangah orang. Namun rakan-rakan guru yang saya sentiasa optimis boleh cemerlang telah mula menunjukkan 'sentuhan' kecemerlangan. Petang semalam saja (18 jan), sebahagian guru mengambil tanggungjawab, berbincang untuk aktiviti sekolah dan mengadakan latihan pasukan sekolah. Syabas dan tahniah kepada semua guru terlibat. Anda semua boleh dan kita menuju kecemerlangan.

Latihan Rumah Sukan
Hari ini dan esok bermula Latihan Rumah Sukan bagi program Sukan Sekolah. Sebagai peringatan kepada semua guru, sila pastikan Manual Prosedur Kerja dipatuhi dan dilaksanakan dengan baik. Paling penting dan utama adalah memastikan aktiviti memberi impak kepada murid serta keselamatan mereka diutamakan. Agihlah tugas dalam kalangan guru dengan baik agar semua murid sentiasa di dalam perhatian kita.

Data SMM
KPM sedang mengemaskini data SMM (Sistem maklumat murid) dalam usaha memperkemas proses penyaluran bantuan kepada murid-murid yang layak. Sehubungan itu, semua guru kelas diharap dapat mengemaskini data tersebut dengan segera. Sila berurusan bersama-sama PKHEM dan Guru Data Sekolah.