Wednesday, January 12, 2011

Aktiviti Kokurikulum 2011

Syabas dan tahniah dan terima kasih kepada semua guru kerana telah mengambil tanggungjawab menjayakan aktiviti kokurikulum kali pertama bagi tahun 2011. Kehadiran guru dan murid serta aktiviti yang dijalankan menampakkan kepada kita ada banyak penambahbaikan dan usaha-usaha meningkatkan kecemerlangan kokurikulum dan sekolah. Saya sangat berharap mementum hari ini dapat dikekalkan atau sentiasa ditambahbaikkan demi kepentingan murid, guru dan sekolah. Sebagai Gb, saya akan sentiasa memberi sepenuh sokongan dan turun padang bersama-sama guru untuk memberi semangat, dorongan dan bimbingan. Sila pastikan semua aktiviti direkodkan dengan baik di dalam buku pelaporan kokurikulum.

CUTI HUJUNG MINGGU & KERJA RUMAH
Sempena cuti hujung minggu, semua guru diharap dapat memberikan kerja rumah tambahan kepada murid untuk memastikan mereka sentiasa belajar. Walau bagaimanapun, semua latihan dan kerja rumah yang diberi hendaklah berpatutan dan sesuai dengan perkembangan pembelajaran semasa. Gunakan buku kerja, buku aktiviti (SPBT) atau lembaran kerja.