Monday, January 10, 2011

Aktiviti Kokurikulum 2011

Aktiviti kokurikulum akan bermula secara rasmi pada hari Rabu, 12 Januari 2011. Sehubungan itu semua Ketua Unit dan guru penasihat dapat mengambil tindakan proaktif membuat persediaan awal dengan mengadakan perbincangan praaktiviti dalam kumpulan masing-masing. Adalah diingatkan, menjadi tanggungjawab Ketua Unit dan guru penasihat untuk memastikan murid (ahli) dalam kumpulan masing-masing hadir, berdisiplin dan menjalani aktiviti dengan baik. Antara aktiviti permulaan yang boleh dijalankan adalah seperti mengadakan mesyuarat ahli, pelantikan AJK, berbincangan dan pembentangan perancangan aktiviti sepanjang tahun, suaikenal antara ahli, kuiz dan sebagainya. Bagi Unit Beruniform, aktiviti wajib dimulakan dengan perbarisan kumpulan dan berkawat.

Semua ketua unit, boleh mendapatkan Buku Pelaporan Aktiviti 2011 daripada En. Zaini mulai esok. Semua murid (ahli) wajib mempunyai Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum untuk diguna pakai sepanjang Tahun 4 hingga Tahun 6. Bagi murid-murid yang tidak ada, pastikan mereka membeli di kedai buku.