Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan diri.

Tuesday, August 9, 2011

BUKU LATIHAN MURID

Ada ibu bapa komplain katanya cikgu bagi 10 soalan matematik membebankan anak mereka. Mcm2 ragam mereka. Apapun peringatan kepada kita semua, memberi tugasan kepada murid berlebihan bukanlah menjadi isu, tetapi jika kita tidak menyemak buku latihan murid secara tekal dan berkesan, ini yang sebenarnya menimbulkan banyak kesan kepada murid dan guru. Justeru, saya berharap cikgu-cikgu dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik.

PROGRAM SEMARAK QALBU RAMADHAN UPSR 2011
Program tersebut akan diadakan pada hari Selasa, 16 Ogos 2011 dari jam 3.30 ptg hingga 10 malam. Semua guru diharap dapat bersama-sama hadir menjayakan program ini dan berbuka puasa.

CUTI PERISTIWA SEMPENA NUZUL AL-QURAN
Sekolah bercadang akan mengambil cuti peristiwa sempena Nuzul Al-Quran pada hari Rabu, 17 Ogos 2011. Makluman perkara ini akan diberikan setelah menerima kelulusan dari PPD.

Monday, July 25, 2011

TAKLIMAT PENTADBIRAN 6/2011

Tarikh: Selasa, 2 Ogos 2011
Masa: 1.30 Petang
Tempat: Dewan Ilmu, PSS

Monday, July 18, 2011

Gotong-Royong PIBG

Gotong-Royong PIBG akan diadakan sebagaimana berikut;

Tarikh: Sabtu 22 Julai 2011
Masa: 9.00 pagi (8.30 - Pendaftaran / Sarapan pagi)

Semua guru hadirlah bersama-sama untuk bergotong-royong.

Terima kasih.


TERIMA KASIH DAN TAHNIAH

Saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua guru atas kerjasama dan bersikap profesional dalam semua urusan ketika saya disiasat sebagai pesalah berat di sekolah ini. Sesungguhnya saya sangat terharu dengan apa yang cikgu-cikgu tunjukkan. Semoga SKTI sentiasa dirahmati wpun mungkin saya tidak bersama lagi.

Sunday, June 26, 2011

MESYUARAT PANITIA

Berikut adalah tarikh2 mesyuarat untuk panduan semua guru.

Bil

Tarikh Mesyuarat

Panitia Mata Pelajaran

Tarikh Penyemakan Fail Panitia

1.

4 Julai 2011

Panitia Bahasa Malaysia , Bahasa Inggeris dan Panitia Pendidikan Islam

10 Julai 2011

2.

5 Julai 2011

Panitia Matematik dan Panitia Pendidikan Sivik Kewarganegaraan

11 Julai 2011

3.

7 Julai 2011

Panitia Sains dan Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan

12 Julai 2011

4.

10 Julai 2011

Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Kemahiran Hidup

13 Julai 2011

5.

11 Julai 2011

Panitia Muzik / Panitia Pendidikan Seni Visual / Panitia Moral

14 Julai 2011


Mesyuarat JK HEM

Tarikh: Ahad, 3 Julai 2011

Masa: 1.30 petang

Tempat: PSS


Semua AJK dijemput hadir.


Tuesday, June 14, 2011

LADAP

Latihan Dalam Perkhidmatan akan diadakan sebagaimana berikut;

Tarikh: Sabtu, 18 Jun 2011
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Ilmu, PSS
Tajuk: ICT dalam Pendidikan dan Pentadbiran Sekolah

Semua guru wajib hadir.

Terima kasih.
Guru Besar.

Sunday, June 12, 2011

TAKLIMAT PENTADBIRAN 5/2011

Taklimat tersebut di atas akan diadakan sebagaimana berikut;

SELASA: 14 JUN 2011
MASA: 1.20 TENGAH HARI
TEMPAT:DEWAN ILMU, PSS

SEMUA GURU WAJIB HADIR.

Terima kasih.
Guru Besar.